• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah 2024 Ikut Negeri

Oleh
Nazihah AN
11 Mac 2024
Kongsi
6 Min Bacaan
Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah 2024 Ikut Negeri

Haa jangan lupa dengan zakat fitrah tauu

Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah 2024 Ikut Negeri. Dah nak masuk bulan Ramadan ni, memang ramai yang buat persediaan untuk berpuasa dan juga perayaan Aidilfitri. Antara perkara penting yang perlu ditunaikan adalah pembayaran zakat fitrah sebelum solat sunat Aidil Fitri dilaksanakan.

Tahun ini, pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia telah menetapkan kadar zakat fitrah yang pelbagai, mencerminkan kepelbagaian adat resam dan budaya di negara kita. Walaupun jumlahnya berbeza-beza, namun maksud dan tujuan di sebaliknya tetap sama – membantu golongan yang memerlukan.

Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah 2024 Ikut Negeri
Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah 2024 Ikut Negeri

Berikut adalah senarai zakat fitrah untuk setiap negeri:

NegeriKadar
KedahRM7 / RM14.50 / RM22
JohorRM7 / RM12 / RM20
KelantanRM7 / RM14 / RM21
MelakaRM7 / RM14 / RM21
Negeri SembilanRM7 / RM12.50 / RM22
PahangRM7 / RM12 / RM20
PerakRM8 / RM16 / RM24
PerlisRM7
Pulau PinangRM7 / RM14 / RM21
SabahRM7.50
SarawakRM7.50
SelangorRM7 / RM14 / RM21
TerengganuRM10 / RM22
Wilayah PersekutuanRM7 / RM15 / RM22
Sumber dari: SoyaCincau

Kebanyakan pihak berkuasa agama Islam negeri di Malaysia telah menetapkan kadar Zakat Fitrah adalah seperti berikut:

  • RM7/individu hingga RM8/individu untuk yang isi rumah memakan beras jenis Super Special Tempatan
  • RM12.50/individu hingga RM15/individu untuk yang isi rumah memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni, dan beras wangi
  • RM20/individu hingga RM22/individu untuk yang isi rumah memakan beras Basmati, Jepun, Merah, dan yang lebih mahal

Ada juga negeri yang menetapkan hanya dua kadar seperti Terengganu yang tetapkan sama ada RM10 ataupun RM22. Tiga negeri seperti Perlus, Sabah, dan Sarawak pula menetapkan satu kadar sahaja iaitu sama ada RM7 ataupun RM7.50.

Buat anda yang membayar cukai pendapatan, jangan lupa bahawa Zakat Fitrah layak menerima rebat cukai.

Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah 2024 Ikut Negeri
Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah 2024 Ikut Negeri

Sabah

  • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Zakat Sabah (MUIS)
  • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Zakat Sabah (MUIS)
  • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Zakat Sabah (MUIS)

Sarawak

  • Maybank MAE dengan nama payee Tabung Baitulmal Sarawak
  • Maybank2u.com dengan nama payee Tabung Baitulmal Sarawak
  • CIMB Bank dengan nama payee Tabung Baitulmal Sarawak

Perlis

  • Portal MAIPs Online Zakat Payment.
  • Bank Islam di 090 100 100 552 90 dan hantar resit pembayaran ke [email protected].
  • Maybank2u.com dengan nama payee Baitulmal Negeri Perlis.
  • Maybank MAE dengan nama payee Baitulmal Negeri Perlis.
  • CIMB Bank dengan nama payee Zakat Negeri Perlis.

Kedah

  • Portal JomZakat kelolaan Lembaga Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
  • Maybank MAE dengan nama payee Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
  • CIMB Bank dengan nama payee Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

Perak

  • Portal eZakat Payment kelolaan MAIAMP
  • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam Perak.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Majlis Agama Islam Perak.
  • CIMB Bank dengan nama payee Zakat Negeri Perak.

Pulau Pinang

  • Portal ZakatPenang2U.com kelolaan Zakat Pulau Pinang
  • JomPAY menggunakan kod biller 1453.
  • Maybank MAE dengan nama payee Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
  • Secara dalam talian melalui bank-bank utama, Maybank, CIMB, AffinBank, AmBank, BankRakyat, RHB Bank, BSN.
  • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Urus Zakat Pulau Pinang.

Wilayah Persekutuan & Selangor

  • Portal Zakat2U kendalian Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
  • Portal Zakat Selangor
  • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP.
  • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP.
  • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Zakat Wilayah.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Lembaga Zakat Selangor.
  • Maybank MAE dengan nama payee Lembaga Zakat Selangor.
  • CIMB Bank dengan nama payee Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Negeri Sembilan

  • Portal zakatns2u kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
  • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Sembilan – Zakat.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Sembilan – Zakat.
  • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Melaka

  • Portal MelakaPay kelokaan kerajaan negeri Melaka
  • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Zakat Melaka.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Zakat Melaka.
  • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Zakat Melaka.

Johor

  • Portal epayment kelolaan Majlis Agama Islam Johor
  • Portal Fitrah kelolaan Majlis Agama Islam Johor
  • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Secara dalam talian melalui bank-bank utama, Maybank, CIMB, AffinBank, AmBank, BankRakyat, RHB Bank, BSN.

Pahang

  • Portal ebayt kelolaan Majlis Ugama Islam Pahang.
  • Portal Pusat Kutipan Zakat Pahang
  • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Kutipan Zakat Pahang
  • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Kutipan Zakat Pahang
  • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang

Terengganu

  • Portal ezakat kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
  • Maybank MAE dengan nama payee MAIDAM Terengganu (Zakat)
  • Maybank2u.com dengan nama payee MAIDAM Terengganu (Zakat)
  • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu

Kelantan

  • Portal pembayaran dalam talian kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Agama Islam Kelantan

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

‘Zakat Hujung Jari’, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Hanya Guna Kiosk Di Majma Mall Kuching, Anda Boleh Bayar Zakat, Bil Dan Tambah Nilai Prabayar
SUMBER :SoyaCincau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Kelahiran Sarawak, Aaisyah Batrisya Dinobatkan Juara Mini Miss Global 2024
Next Article Ini 5 Senarai Buffet Ramadan Di Miri Ini 5 Senarai Buffet Ramadan Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?