• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Seolah-Olah Suara Tidak Didengari,’ Komuniti Minoriti Terkesan Dengan Kes Rogol Pelajar Di Bintulu

Oleh
Husna Hazmi
12 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Suspek dipercayai telah melarikan diri di Kelantan.

‘Seolah-Olah Suara Tidak Didengari,’ Komuniti Minoriti Terkesan Dengan Kes Rogol Pelajar Di Bintulu. Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita tidak menyenangkan apabila pihak polis mengeluarkan sebuah kenyataan di mana seorang penjawat awam kini dicari bagi membantu siasatan kes rogol gadis bawah umur di Bintulu.

Suspek setakat ini belum ditahan kerana pihak polis sedang mencarinya. Kes ini telah mendapat perhatian daripada YB Dato Seri Tiong King Sing dan pada hari ini beliau telah memuat naik satu perkongsian di Facebook mengenai isu ini.

'Seolah-Olah Suara Tidak Didengari,' Komuniti Minoriti Terkesan Dengan Kes Rogol Pelajar Di Bintulu
‘Seolah-Olah Suara Tidak Didengari,’ Komuniti Minoriti Terkesan Dengan Kes Rogol Pelajar Di Bintulu

Kes seperti ini amat dipandang serius

Dalam perkongsian tersebut, beliau berkata kes seperti ini amat dipandang serius dan sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah terkutuk ini akan menerima hukuman yang setimpal. Suspek yang merupakan seorang guru berasal dari Kelantan itu didakwa telah merogol seorang pelajar sekolah menengah di Bintulu, Sarawak.

Difahamkan bahawa sebelum ini, suspek pernah dipanggil polis untuk diambil keterangan namun suspek mengatakan bahawa mangsa memfitnah dan membuat laporan palsu ke atas suspek. Suspek telah menafikan dakwaan tersebut dan telah dibenarkan untuk diikat jamin.

Pihak polis kemudiannya menerima laporan daripada mangsa kedua yang mendakwa telah diraba oleh suspek di tempat sama mangsa pertama melakukan perbuatan terkutuk tersebut iaitu di bilik muzik sekolah berkenaan. Apa yang lebih membimbangkan adalah suspek juga dikatakan telah merogol dan mencabul beberapa orang pelajar dari sekolah lain.

'Seolah-Olah Suara Tidak Didengari,' Komuniti Minoriti Terkesan Dengan Kes Rogol Pelajar Di Bintulu

Bertindak setelah menerima laporan daripada mangsa kedua

Setelah menerima laporan daripada mangsa kedua tersebut, pihak polis kemudiannya bertindak mengeluarkan kenyataan mengenai kes dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Suspek kini dipercayai telah melarikan diri ke Kelantan.

Kes ini telah menjadi pehatian penduduk tempatan dan mencetus ketegangan terutamanya di kalangan komuniti minoriti Sarawak, masyarakat Kayan. Mereka dikatakan amat terkesan dengan peristiwa hitam ini kerana suara mereka seolah-olah tidak didengari hanya kerana mereka merupakan etnik minoriti di sini.

Dua hari lepas, pihak polis telah mencari seorang lelaki yang dikehendaki:

Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut
SUMBER :FB Dato' Seri Tiong King Sing
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baru Bayar Loan 2 Bulan, Lelaki Ini Sudah Berasa Terbeban Dengan iPhone 13 Miliknya Baru Bayar Loan 2 Bulan, Lelaki Ini Sudah Berasa Terbeban Dengan iPhone 13 Miliknya
Next Article Bacaan IPU Hingga 154, Keadaan Berjerebu Punca Sri Aman Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Bacaan IPU Hingga 154, Keadaan Berjerebu Punca Sri Aman Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?