• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seorang Rentung Di Dalam Kebakaran Melibatkan Lima Buah Rumah Di Sibu

Oleh
Husna Hazmi
29 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Mayat mangsa yang rentung belum lagi dikenal pasti identitinya.

Seorang Rentung Di Dalam Kebakaran Melibatkan Lima Buah Rumah Di Sibu. Dilaporkan bahawa seorang rentung dalam kebakaran membabitkan dua blok rumah kayu yang terdiri daripada 14 unit. Kebakaran melibatkan lima kediaman di Lorong 13, Jalan Tiong Hua pada awal pagi Isnin hari ini.

Seorang Rentung Di Dalam Kebakaran Melibatkan Lima Buah Rumah Di Sibu
Seorang Rentung Di Dalam Kebakaran Melibatkan Lima Buah Rumah Di Sibu. Kredit Gambar: Facebook

Mayat mangsa ditemui di ruang tamu salah sebuah rumah

Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata bahawa, mayat mangsa ditemui di ruang tamu salah sebuah rumah tersebut, ketika pasukan operasi melakukan kerja-kerja pemadaman.

Sebelum ini, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 1.55 pagi.

Tiga jentera dan dua ambulans Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dengan kekuatan 24 anggota dikerah ke lokasi berkenaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan Sungai Merah.

Seorang Rentung Di Dalam Kebakaran Melibatkan Lima Buah Rumah Di Sibu
Kredit Gambar: Facebook

Pasukan operasi memaklumkan kebakaran melibatkan lima buah rumah

“Pasukan operasi kemudian memaklumkan kebakaran melibatkan lima buah rumah jenis tidak kekal setingkat bertiang, dengan empat daripadanya musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi musnah 50 peratus,” jelas Henderi.

Beliau turut berkata mangsa yang rentung ditemui di rumah pertama dan identitinya masih belum dikenal pasti lagi.

Mayat mangsa katanya lagi telah diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur yang lebih lanjut. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan oleh pasukan forensik kebakaran.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya 2 Daripada Satu Keluarga Sahaja Dibenarkan Berkunjung Ke Bazaar Ramadhan
Next Article Ini Cara Buat Pesanan Delivery Dari Pasaraya AEON Kuching, Gerenti Sampai Depan Rumah!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?