Wahh.. di Summer Mall pun ada port makan grill ye..
Seoul Garden Bakal Buka Cawangan Korbi Grill Pertama Borneo Di Samarahan. Penggemar makanan Korea di Malaysia Timur bakal disajikan dengan pengalaman grill dan hotpot ala Seoul yang pertama kali dengan pembukaan Seoul Garden Korbi Grill di The Summermall, Samarahan.
Restoran ini yang terkenal dengan jenama Halal menawarkan pelbagai pilihan makanan ala carte grill dan hidangan sedia dimakan pada harga yang berpatutan.

Seoul Garden Bakal Buka Cawangan Korbi Grill Pertama Borneo Di Samarahan
Seoul Garden Korbi Grill membawa konsep makanan yang unik dengan cita rasa Korea yang pasti memikat selera. Menariknya, restoran ini menawarkan suasana makan yang santai, memberikan pengalaman makan yang lebih selesa dan menyenangkan untuk pelanggan.
Kalau di Kuching ada Seoul Garden Buffet dan Hotpot, di Samarahan pula ada Seoul Garden Korbi Grill!
Berita baik ini diumumkan menerusi Facebook milik The Summer Shopping Mall. Haa, orang Samarahan tak perlu susah-susah naik ke Kuching nak cari restoran grill macam ni.
