• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sepanjang Hidup Suka Mencarut, Dah Nak Meninggal Dunia Pun Penuh Carutan Dan Tak Boleh Mengucap

Oleh
ILB - AI
9 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular di media sosial, lelaki mencarut semasa mahu meninggal dunia

Sepanjang Hidup Suka Mencarut, Dah Nak Meninggal Dunia Pun Penuh Carutan Dan Tak Boleh Mengucap. Satu hantaran tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki dipercayai tidak dapat mengucap semasa sedang nazak dan meninggal dunia. Sekaligus perkara itu membuat ramai yang sebak dengan pengakhiran individu tersebut.

Menerusi perkongsian wanita di platform X itu, lelaki tersebut mengalami kemalangan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Menurut sumber, doktor yang bertugas mengatakan keadaan lelaki tersebut hanya ‘menunggu masa’ dan ahli keluarga dibenarkan untuk melawat.

Sepanjang Hidup Suka Mencarut, Dah Nak Meninggal Dunia Pun Penuh Carutan Dan Tak Boleh Mengucap
Sumber: blog

Bagaimanapun, selepas dua hari menjaga lelaki itu, isterinya berjumpa dengan seorang ustaz untuk menanyakan mengenai hukum sekiranya dia tidak mahu menjaga suaminya yang sedang sakit.

Lafaz dengan carutan sehingga hembus nafas terakhir

Tanpa berfikir panjang, ustaz tersebut terus menziarahi lelaki itu pada sebelah petang. Susulan itu, ustaz meminta lelaki berkenaan untuk mengikutnya melafazkan kalimah “la ila ha ilallah”, namun lelaki itu tetap mencarut.

Difahamkan, walaupun ulang kali kedua, tetapi lelaki tersebut masih mencarut dan ulangan kali ketiga oleh ustaz berkenaan juga disusuli dengan carutan sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Sepanjang Hidup Suka Mencarut, Dah Nak Meninggal Dunia Pun Penuh Carutan Dan Tak Boleh Mengucap
Sumber: google

Pesakit lain sakit sbeut “Allah”, manakala lelaki tersebut penuh carutan

Selepas jenazah selesai diuruskan, isterinya memberitahu bahawa pesakit lain dalam keadaan sakit, mereka akan menyebut “Allah”, berzikir dan sebagainya. Manakala, suaminya hanya carutan yang dikeluarkannya dari mulut, yang membuat dirinya berasa malu.

Berpesan agar jangan mencarut semasa di dunia

Dalam pada itu, dia turut meminta ustaz menyampaikan pesanan dalam ceramah-ceramahnya agar orang ramai tidak mencarut semasa hidup di dunia.

Kisah pengakhiran seseorang yang carutan menjadi perkara biasa dan normal. Sama-sama kita ambil ikhtibar pic.twitter.com/IAF8U2F9Zm

— Santapan Minda (@SantapanMinda) September 6, 2023

Sementara itu, wanita yang berkongsi kisah yang menyayat hati ini turut berpesan untuk menjaga tutur kata kerana ketika mati, ia bukanlah sesuatu yang pura-pura dan apa yang kita selalu sebut, itulah akan disebut ketika sakaratul maut datang menjemput.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Wanita Meninggal Dunia Akibat Terlalu Banyak Minum Air Mineral
Termakan Pujuk ‘Beautician’ Tak Bertauliah Untuk Suntik Besarkan Payudara, Wanita Meninggal Dunia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [STOCK] Manis Bak Madu, Ketahui Nanas Sarawak Gold 1 Ikon Buah Tropika Dari Bumi Kenyalang Manis Bak Madu, Ketahui Nanas Sarawak Gold 1 Ikon Buah Tropika Dari Bumi Kenyalang
Next Article Hari Terakhir Jelajah Sabah, Permaisuri Agong Menangis Lihat Rakyat Sanggup Tunggu Dalam Hujan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?