• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sertai CrocodileByte Untuk Peluang ‘Pitch’ Perniagaan Kepada Pelabur Di Siaran TV Nasional

Oleh
Ismail NA
15 November 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Mampukah anda bertahan dengan ujian ‘CrocodileByte’?

Sertai CrocodileByte Untuk Peluang ‘Pitch’ Perniagaan Kepada Pelabur Di Siaran TV Nasional. Peluang seumur hidup untuk muncul di kaca TV bersama perniagaan anda kini telah muncul di Sarawak. Buat julung kalinya, CrocodileByte merupakan sebuah program realiti TV khas untuk pemilik bisnes untuk menguji perniagan atau startup mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Isi Isi Penting
  • Mampukah anda bertahan dengan ujian ‘CrocodileByte’?
  • Jinakkan para ‘Crocodiles’ untuk peluang tawaran perniagaan
  • Pemilik perniagaan yang berminat untuk muncul dalam program ini mestilah mempunyai kriteria utama seperti berikut;
  • Peserta akan melalui 3 segmen utama ‘CrocodileByte
  • Lagi inisiatif menarik untuk para usahawan:

Program seumpamanya di Sarawak ini bertujuan untuk mempamerkan keupayaan para usahawan yang terpilih untuk ‘pitch’ perniagaan mereka kepada para pelabur yang juga digelar ‘The Crocodiles’.

Jinakkan para ‘Crocodiles’ untuk peluang tawaran perniagaan

Dalam program realiti TV ini, para peserta mempunyai satu tugasan iaitu untuk meyakinkan pelabur atau para ‘Crocodiles’ untuk menawarkan mereka sejumlah pembiayaan berserta manfaat lain yang bakal dirunding terus di siaran kaca TV!

Sertai CrocodileByte Untuk Peluang 'Pitch' Perniagaan Kepada Pelabur Di Siaran TV Nasional
Sertai CrocodileByte Untuk Peluang ‘Pitch’ Perniagaan Kepada Pelabur Di Siaran TV Nasional

Program realiti TV di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) ini mensasarkan pemilik perniagaan yang berkecimpung dalam sektor seperti startup teknologi, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), perniagaan sosial, perniagaan digital, digital kreatif, artis dan artisan serta makanan dan minuman (F&B).

Melalui program ini juga, anda dapat memperlihatkan kekuatan perniagaan anda secara tidak langsung kepada penonton awam (yang berpotensi menjadi pelanggan masa depan anda!). Penonton anda bukan sahaja di Sarawak, bahkan di seluruh negara!

Kesungguhan para peserta untuk mendapatkan tawaran terbaik daripada pelabur dalam pelbagai sektor industri ini kelak akan dipertontonkan melalui saluran televisyen Sarawak, TVS.

Pemilik perniagaan yang berminat untuk muncul dalam program ini mestilah mempunyai kriteria utama seperti berikut;

  1. Sekurang-kurangnya 51% milikan perniagaan adalah dimiliki oleh rakyat Sarawak.
  2. Syarikat mestilah berdaftar.
  3. Mesti menghantar kesemua dokumen yang berkenaan sebelum tarikh tutup penyertaan.

Bagi melengkapkan penyertaan, peserta yang berminat juga dikehendaki untuk menyediakan satu ‘pitch deck’ dan menyediakannya mengikut panduan yang telah diberikan.

Peserta akan melalui 3 segmen utama ‘CrocodileByte

Setiap episod CrocodileByte akan dibahagikan kepada 3 segmen utama iaitu Back Track, The Pitch dan The Ngap. Back Track selama 1 minit bakal menceritakan tentang latar belakang perniagaan dan individu pemilik perniagaan yang merupakan peserta CrocodileByte. Kemudian, segmen yang kedua iaitu The Pitch akan memperlihatkan ketajaman minda dan penyampaian ‘pitch’ para peserta untuk membentangkan ideanya kepada pelabur berpotensi mengikut susun alur standard yang ditetapkan. Segmen ketiga dan terakhir iaitu The Ngap pula merupakan cabaran utama peserta di mana para ‘Crocodiles’ bakal melontarkan soalan serta sesi ‘grilling’ berkenaan perniagaan mereka, sekaligus menilai sama ada mereka layak ditawarkan pembiayaan.

Sertai CrocodileByte Untuk Peluang 'Pitch' Perniagaan Kepada Pelabur Di Siaran TV Nasional

Ayuh! Jika anda mempunyai keberanian untuk menawan para ‘Crocodiles’ ini, segera daftarkan penyertaan anda di pautan https://crocodilebyte.sarawak.digital/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Jumaat, 31 Disember 2021.

DAFTAR SEBAGAI PESERTA CROCODILEBYTE DI SINI

Jadilah sebahagian daripada ekosistem #SarawakDigital.

Dunia sebenar umpama habitat liar; kekal bertahan dan tawan peluang perniagaan!

Lagi inisiatif menarik untuk para usahawan:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Merancang Untuk Menonton Filem Di Pawagam? Ini 5 Tips Untuk Anda Bagi Pengalaman Yang Best Merancang Untuk Menonton Filem Di Pawagam? Ini 5 Tips Untuk Anda Bagi Pengalaman Yang Best
Next Article Selamat Tinggal RM 2.30, Eco Shop Bakal Naikkan Harga Barang Mulai 1 Disember Selamat Tinggal RM 2.30, Eco Shop Bakal Naikkan Harga Barang Mulai 1 Disember

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?