I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Sesak Dan ‘Meriah’, Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sesak Dan ‘Meriah’, Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan

Nur Afifah 5 Mei 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kongsi

Keluar Ramai-Ramai Nak Pergi Mana Ya?

Sesak Dan ‘Meriah’, Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan pada 4 Mei iaitu semalam. Namun demikian, setakat hari pertama PKPB, Sarawak masih kekal dengan penguatkuasaan PKP Fasa 4 sehinggalah hari ini terpaksa akur dengan PKPB dengan prosedur tersendiri.

Namun demikian, belum bermula pun PKPB, banyak pula kenderaan di atas jalan raya. Bukan itu sahaja, kehadiran kenderaan ini menyebabkan jalan raya mulai sesak seperti sebelum PKP. Ada yang mendakwa kerana sekatan jalan raya yang dibuat, kenderaan banyak sebab ramai yang perlu hadir bekerja. Namun, ia agak mencurigakan.

Muat naik gambar dan video di laman sosial ini membuktikan bandar di Sarawak kembali meriah sebaik sahaja PKPB diumumkan.

Kuching

Walau pun masih berada di zon merah, namun penduduk di Bandaraya Kuching ini dilihat masih sukar menerima hakikat bahawa mereka masih berperang dengan penyakit mudah berjangkit dan tiada penawar ini. Suasana di pusat bandar terutamanya kawasan Satok mendapati bahawa parkir kenderaan mulai penuh sehingga ada kenderaan yang parkir di bahu jalan seperti sebelum PKP bermula.

Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Sesak Dan ‘Meriah’, Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan

Sibu

Tinjauan di sekitar Bandaraya Sibu pula mendapati keadaan di jalan raya mulai sesak dengan kehadiran kenderaan persendirian. Namun, kebanyakan kedai masih belum beroperasi. Jangan merayau, gais.

Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Info Sibu
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Info Sibu
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Info Sibu
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Info Sibu
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Info Sibu
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Info Sibu

Serian

Seorang pengguna laman sosial Facebook pula, Jimmy Jambel Jimmy, pula telah berkongsi beberapa keping foto yang diambil di Bandar Serian. Menerusi foto tersebut, kelihatan keadaan di bulatan sebelum Tasik Danu (menuju ke Sri Aman) sesak dengan kenderaan keluar masuk ke bandar tersebut. Kebanyakan nya adalah kenderaan persendirian, lori serta pengangkutan van sewa.

Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Jimmy Jambel Jimmy
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Jimmy Jambel Jimmy
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Jimmy Jambel Jimmy
Sesak Dan 'Meriah', Begini Suasana Di Sekitar Bandar Sarawak Sejak PKPB Diumumkan
Kredit : FB Jimmy Jambel Jimmy

Miri

Suasana PKPB di Miri pula dikongsi oleh Bekilet Channel di laman Youtube nya. Video berdurasi 1 minit 19 saat ini memaparkan suasana sebuah pusat jualan di Miri yang kelihatan agak ‘meriah’ dan dikunjungi oleh orang ramai yang sekian lama terperangkap di dalam rumah. Walau pun operasi jualan telah dibuka, namun tidak ada tanda-tanda penjarakkan sosial dilakukan sama ada oleh penjual mahu pun pembeli.

Sekurang-kurangnya meletakkan pita pelekat jarak 1 meter sudah memadai. Pelanggan juga sepatutnya tahu apa yang perlu dibuat jika penjual sudah meletakkan pita 1 meter, kan?

P E N J A R A K K A N S O S I A L.

Walau pun sesetengah jalan dilaporkan sesak akibat penutupan jalan raya berikutan sempadan daerah, namun suasana kesesakan yang berlaku agak luar biasa daripada sepanjang tempoh PKP sebelum ini berlangsung. Bahkan, ia nya berlaku sebelum PKPB diumumkan akan dilakukan secara rasmi di Sarawak.

Walau pun pelaksanaan PKPB di Sarawak masih samar-samar kerana bakal mengikut SOP tersendiri, namun suasana sebegini menunjukkan sikap rakyat yang masih sambil lewa akan pandemik ini. Ramai yang memberi komen untuk bersangka baik, namun ia nya..agak luar biasa sedangkan rakyat di sini masih belum dibenarkan keluar bekerja seperti mana pelaksanaan penuh PKPB.

Kita sememangnya gusar akan kejadian seperti ini berlaku kerana anda lebih kenal diri anda. Namun demikian, berhenti menuding jari antara satu sama lain dan kini, sudah tiba giliran kita untuk menjaga diri sendiri. Ubah mentaliti anda dan jadilah warganegara Malaysia yang berdisiplin.

Keluar hanya apabila ada keperluan mendesak. Pakai topeng muka, cuci tangan dengan kerap dan amalkan penjarakkan sosial.

Kita belum menang.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Perhalusi Perlaksanaan PKPB, Akan Laksana Dengan Cara Sendiri Sarawak Perhalusi Perlaksanaan PKPB, Akan Laksana Dengan Cara Sendiri
Next Article "You Are Our Heroes," Lyfe Jalankan Kempen Memberi Penghargaan Kepada Para Frontliner “You Are Our Heroes,” Lyfe Jalankan Kempen Memberi Penghargaan Kepada Para Frontliner

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

'Telan CD Ka Ni?'- Menyanyi Di Rumah Asap Artis Tempatan Sarawak Ini Dipuji
Cerita Borneo

‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai

13 Ogos 2022
‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Ini Dedah Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di KFF
Cerita Borneo

‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival

13 Ogos 2022
Cerita Borneo

Guru Dari Sabah Ini Ambil Inisiatif Pelihara Pakaian Etnik Rinongkitan Berusia 100 Tahun

13 Ogos 2022
'Berpacukan' Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan
Cerita Borneo

‘Berpacukan’ Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan

13 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?