• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
4 Februari 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak

Jom lari dari kesibukan bandar! Short escape la katakan🤭

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak. Kolam air panas mempunyai manfaat kesihatan yang luar biasa. Air panas mengandungi pelbagai mineral dan khasiat untuk tubuh dari segi sistem saraf, sistem kardiovaskular, penjagaan kulit hinggalah kepada rawatan sakit otot.

Isi Isi Penting
  • 1. Merarap Hotspring
  • 2. Kampung Panchor Hotspring
  • 3. Annah Rais Hotspring
  • 4. Air Panas Paku

Tab mandi panas juga bermanfaat untuk bersantai, termasuk mengurangkan tekanan, meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kesihatan mental.

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak
Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak. Kredit: David “The Explorer” Hogan Jr

Jadi di sini kami sertakan beberapa tempat yang mempunyai kolam air panas untuk anda berkunjung sekeluarga. Teruskan membaca ya!

1. Merarap Hotspring

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak
Kredit: David “The Explorer” Hogan Jr

Bagi pengembara, terdapat sebuah pondok air panas yang terletak jauh di dalam daerah Lawas di utara Sarawak. Dikendalikan oleh penduduk tempatan Sarawak, yang hanya boleh diakses melalui 4WD. Jarak kolam air panas ini dari Pekan Lawas adalah sekitar 70 kilometer.

Yang bestnya, anda boleh menginap di sini dengan gaya homestay dengan makanan tempatan tradisional yang dihidangkan. Tempat ini juga dikelilingi dengan bukit bukau, jadi pengunjung juga boleh trekking atau hiking di sekitar kawasan berbukit di sini.

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak
Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak. Kredit: FB Merarap Hotspring Lodge

Kolam air panas telah dibina seperti lembah sungai. Selain kolam air panas, terdapat beberapa buah kolam lain bersama taman dan pancutan air yang dibina untuk tarikan pengunjung.

Lokasi: Merarap Hotspring Lodge, Limbang, Sarawak
No telefon: 017-342 7558 (untuk tempahan)

2. Kampung Panchor Hotspring

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak
Kredit: FB Panchor Hotspring

Kampung Panchor Hotspring ini terletak di Siburan, kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching sejauh 45 kilometer melalui jalan Kuching-Serian. Kolam air panas ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong asing.

Ia sememangnya menjadi tumpuan pelancong dan juga penduduk tempatan terutamanya waktu cuti dan juga hujung minggu. Kawasan persekitarannya sangat lapang dan selesa walaupun ramai yang berkunjung ke sini, di sana juga terdapat kafe yang menjual minuman dan makanan ringan.

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak
Kredit: FB Panchor Hotspring

Disini juga lengkap dengan bilik persalinan dan juga tandas. Jadi anda tak perlu risau kalau nak cari tempat untuk tukar baju.

Lokasi: Kampung Panchor Dayak Hotspring, Serian, Sarawak
Waktu beroperasi: Setiap hari (7.00 pagi – 10.00 malam)

3. Annah Rais Hotspring

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak
Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak. Kredit: Rahman H.

Salah satu lagi kolam air panas yang anda boleh cuba adalah Annah Rais Hotspring. Salah satu fakta menarik mengenai tempat ini adalah kolam-kolam disini dibina oleh komuniti setempat dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada pengunjung.

Anda akan menikmati sungai yang bersih dan jernih ketika menyeberangi perairan ini ke kolam utama. Anda juga boleh pergi ke sebuah kolam air panas yang kecil di hilir sungai dan berada di pertengahan sungai. Dikatakan air disini panas sedikit berbanding dengan air kolam pertama.

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak

Tempat ini juga selesa untuk berkelah jadi sekiranya anda sekeluarga merancang untuk berkelah di sini, anda dicadangkan untuk membawa makanan sendiri sebab kedai makanan yang terdekat jauh dari kawasan ini. Tiket masuk hanya RM5 sahaja.

Lokasi: Annah Rais Longhouse, Jalan Puncak Borneo, Kuching
Waktu beroperasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

4. Air Panas Paku

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak
Kredit: tempatmenarik.my

Kolam Air Panas Paku terletak di Jalan Air Panas, Kpg Sibulung, Bau, Sarawak. Jarak kolam air panas ini dari Kuching adalah sekitar 40 kilometer dan 6 kilometer daripada Pekan Bau.

Kolam air panas ini juga merupakan salah satu tempat menarik dan hidden gem di Bau, Sarawak yang anda perlu kunjungi bersama keluarga. Di sini kawasannya cukup luas yang menempatkan lima buah kolam.

Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak
Kredit: FB 古晋朗 Kuching Lang

Keadaan dan pemandangan sekeliling juga amat mengagumkan. Berada dikelilingi tanaman alam semula jadi dan jauh dari kesibukan bandar pasti memberikan suasana yang tenang.

Lokasi: Jalan Air Panas, Paku, Jalan Bau, 94000 Bau, Sarawak
Waktu beroperasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

Lagi tempat menarik untuk anda sekeluarga meluangkan masa, boleh baca artikel di bawah:

https://www.iloveborneo.my/tarikan-alam-semula-jadi-jom-luangkan-masa-bersama-keluarga-di-ranchan-serian/
Umpama ‘Syurga Dunia’, Cabana Retreat Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Langgar Lari Di Jalan Batu 11, Mangsa Kongsi Video Dashcam Mohon Netizen Cari Penunggang Motosikal Ini Langgar Lari Di Jalan Batu 11, Mangsa Kongsi Video Dashcam Mohon Netizen Cari Penunggang Motosikal Ini
Next Article Gara-gara Jalan Berlapis Dan Diturap 'Ala Kadar', Lelaki Ini Kongsi Jadi Mangsa Kemalangan Di Samarahan Gara-gara Jalan Berlapis Dan Diturap Ala Kadar, Lelaki Ini Kongsi Jadi Mangsa Kemalangan Di Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?