Rahsia Ramai Netizen: Setel Jadi ‘Penyelamat’ Bila Poket Kering
Setel Bukan Sekadar Isi Minyak, Rupanya Boleh Jadi Tabung Kecemasan. Dalam dunia serba digital, ramai yang mencari cara mudah untuk menguruskan perbelanjaan harian.
Salah satu aplikasi yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia ialah Setel – aplikasi yang membolehkan pengguna mengisi minyak hanya dengan telefon pintar.

Tetapi tahukah anda, Setel bukan sekadar aplikasi untuk isi minyak di stesen Petronas sahaja? Aplikasi ini juga menawarkan pelbagai fungsi lain seperti:
- Pembelian barangan di Kedai Mesra
- Bayar parkir
- Caj kenderaan EV
- Langganan insurans dan banyak lagi
Mata Ganjaran Jadi ‘Penyelamat’ Di Penghujung Bulan
Apa yang menjadikan Setel lebih menarik ialah keupayaan untuk mengumpul mata ganjaran Kad Mesra. Setiap satu mata ganjaran bersamaan satu sen, yang kemudian boleh ditebus menjadi mata wang dalam Setel Wallet.

Menariknya, ramai netizen telah menjadikan fungsi ini sebagai tabung kecemasan. Menurut ciapan seorang netizen di laman X, ramai mengakui bahawa Setel menjadi penyelamat apabila poket ‘kering’ di hujung bulan.
“Betul itu banyak kali buat haha. Setiap kali sesak, tebus mata ganjaran jadi duit. Jadi bolehlah top up minyak daripada points itu,” ujar lagi seorang netizen, menurut sumber.
“Real. Letak sejumlah duit dalam Setel. Bila dah nak hujung bulan itu kalau ada lebih, bolehlah beli apa-apa dekat Petronas tu. Kopi ke nasi lemak ke contohnya.
Aplikasi Mudah, Ganjaran Lumayan
Bukan sahaja memudahkan urusan harian, tetapi Setel juga menyimpan rekod pembelian dan menawarkan ganjaran yang boleh digunakan semula. Jadi kalau anda belum lagi guna Setel sebagai tabung kecemasan, mungkin sudah tiba masanya untuk cuba.
Pernah guna Setel sebagai penyelamat hujung bulan? Kongsikan pengalaman anda.

