• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Setelah Sekian Lama, Sarawak Hari Ini Catat Kluster Baharu Hasil Perkumpulan Semasa Tahun Baru Cina

Oleh
Ismail NA
9 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kluster ini adalah didedahkan dalam laporan harian COVID-19 JPBNS hari ini.

Setelah Sekian Lama, Sarawak Hari Ini Catat Kluster Baharu Hasil Perkumpulan Semasa Tahun Baru Cina. Jangkitan COVID-19 di Sarawak hari ini mencatatkan kluster baharu setelah sekian lama bebas daripada sebarang kluster. Menurut laporan harian COVID-19 Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, kluster tersebut dipercayai berpunca daripada pergaulan semasa dan sejarah makan bersama sewaktu sambutan Tahun Baru Cina pada 1 Februari yang lalu.

Kluster tersebut dinamakan sebagai Kluster Kampung Semeba, Kuching.

Kes indeks dikesan pulang dari Kuala Lumpur pada 31 Januari yang lalu

Dalam kluster tersebut, seramai 17 orang didapati positif daripada 139 orang yang menjalani ujian saringan. Kesemua individu yang disaring dirawat dan diasingkan di PKRC dan CAC di daerah Kuching serta Hospital Umum Kuching.

Secara terperincinya, kluster ini diklasifikasikan sebagai kluster komuniti yang melibatkan sebuah rumah kediaman persendirian di Kampung Semeba, Kuching, Sarawak. Kes indeks kluster ini telah dikesan melalui saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan pada 5 Februari 2022. Indeks kes juga mempunyai sejarah pulang dari Kuala Lumpur pada 31 Januari 2022.

Jumlah kluster aktif di Sarawak setakat ini adalah satu kluster. Hari ini, 9 Februari 2022, Sarawak mencatatkan 184 kes baharu dengan 181 daripadanya terdiri daripada kategori 1 & 2 manakala sebanyak 3 kes dikategorikan sebagai kategori 3,4&5.

Setelah Sekian Lama, Sarawak Hari Ini Catat Kluster Baharu Hasil Perkumpulan Semasa Tahun Baru Cina
Sumber foto : UKAS
Setelah Sekian Lama, Sarawak Hari Ini Catat Kluster Baharu Hasil Perkumpulan Semasa Tahun Baru Cina
Setelah Sekian Lama, Sarawak Hari Ini Catat Kluster Baharu Hasil Perkumpulan Semasa Tahun Baru Cina. Sumber foto : UKAS

Di peringkat nasional pula, Malaysia hari ini mencatatkan lonjakan kes iaitu sebanyak 17,134 kes dengan 0.5% (86 kes) dikesan adalah daripada kategori 3,4&5 manakala 17,048 (99.5%) kes adalah daripada kategori 1&2.

Sumber foto : Twitter KKM

Varian Omicron kini menjadi varian utama di Sarawak menggantikan varian Delta :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nikmati Pemandangan Sunrise Di Maragang Hill Kundasang
Next Article Rangka Manusia Ditemui Di Dalam Sebuah Bilik Di Taman Malihah, Dipercayai Telah Meninggal Dunia Dua Minggu Lalu Rangka Manusia Ditemui Di Dalam Sebuah Bilik Di Taman Malihah, Dipercayai Telah Meninggal Dunia Dua Minggu Lalu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?