• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sindiket ‘Cuci Emas’, Warga Emas Dedah Jadi Mangsa Penipuan Di Sekitar Asajaya

Oleh
Aina Musa
19 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sindiket 'Cuci Emas', Warga Emas Dedah Jadi Mangsa Penipuan Di Sekitar Asajaya

Warga emas putih mata ditipu scammer ‘cuci emas’

Sindiket ‘Cuci Emas’, Warga Emas Dedah Jadi Mangsa Penipuan Di Sekitar Asajaya. Heboh di media sosial hari ini apabila sindiket penipuan terbaru, ‘cuci emas’ yang menyasarkan golongan warga emas di sekitar Kampung Asajaya dan Sadong Jaya.

Menurut sumber, kumpulan ini akan menyasar warga emas yang mungkin mudah terpedaya dengan keuntungan yang ditawarkan oleh sindiket penipu ini.

Sindiket 'Cuci Emas', Warga Emas Dedah Jadi Mangsa Penipuan Di Sekitar Asajaya
Sindiket ‘Cuci Emas’, Warga Emas Dedah Jadi Mangsa Penipuan Di Sekitar Asajaya. Kredit: Facebook

Sindiket ini menawarkan khidmat membersihkan barangan kemas mereka sehingga berkilat tanpa mengenakan apa-apa cas.

Menurut salah seorang individu di Facebook, beliau berkongsi kisah neneknya telah menjadi mangsa sindiket penipu ini.

Tambahnya, modus operandi mereka bermula dengan kumpulan ini akan ke rumah-rumah yang telah di ‘target’. Antara sasaran mereka ialah di kediaman yang penghuninya terdiri daripada kaum-kaum wanita dan warga emas yang senang ditipu.

Sindiket 'Cuci Emas', Warga Emas Dedah Jadi Mangsa Penipuan Di Sekitar Asajaya
Gambar sekadar hiasan

Seterusnya, mereka akan menawarkan khidmat cuci emas secara percuma untuk mengaburi mata mangsa.

Setelah itu, mangsa akan dipujuk untuk menukar barangan kemas yang lebih berkilat dan lebih besar dari barangan kemas milik mangsa.

Sindiket 'Cuci Emas', Warga Emas Dedah Jadi Mangsa Penipuan Di Sekitar Asajaya

Akibat teruja dengan tawaran tersebut, mangsa bersetuju untuk menukar perhiasan mereka tanpa mengetahui barangan tersebut merupakan barang kemas palsu.

Oleh itu, menerusi posting tersebut wanita itu meminta orang ramai untuk berhati-hati dengan modus operandi ini.

Kumpulan ini dikhabarkan sedang berlegar-legar di sekitar Kampung Asajaya dan Sadong Jaya.

Baca lagi artikel menarik:

Netizen ‘Kantoikan’ No Plat McLaren Bukan Kepunyaan Opai, Rupanya Milik Orang Sarawak
‘Kalau Dapat Kad Jemputan Macam Ni Jangan Tekan’, Wanita Ini Tunjuk Cara Scam Baru
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Siap Banding Tarikan Ikonik Lain Di Kuching, Tiang Bendera 30 Juta Jadi Pertikaian Netizen Siap Banding Tarikan Ikonik Lain Di Kuching, Tiang Bendera 30 Juta Jadi Pertikaian Netizen
Next Article Selamba Teguk 2 Botol Arak Sekaligus Di Kedai Kopi, Pertunjukan Lelaki Ini Buat Netizen Teruja Selamba Teguk 2 Botol Arak Sekaligus Di Kedai Kopi, Pertunjukan Lelaki Ini Buat Netizen Teruja

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?