• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sindiket Jual Ujian COVID-19 Kepada Warga Asing Tumpas, Kantoi Didalangi Warga Tempatan

Oleh
ILB - AI
7 Jun 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

 Sindiket beroperasi sejak 1 hingga 2 minggu lalu dan didalangi warga tempatan.

Sindiket Jual Ujian COVID-19 Kepada Warga Asing Tumpas, Kantoi Didalangi Warga Tempatan. Polis Kuala Lumpur tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 untuk warga asing dan menahan dua lelaki Bangladesh ketika serbuan di Jalan Alor, Kuala Lumpur pada Jumaat petang.

Sindiket Jual Ujian COVID-19 Kepada Warga Asing Tumpas, Kantoi Didalangi Warga Tempatan
Sindiket Jual Ujian COVID-19 Kepada Warga Asing Tumpas, Kantoi Didalangi Warga Tempatan

Modus operandi sindiket yang beroperasi di kaki lima kedai ini ialah dengan menjalankan aktiviti penipuan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif bagi warganegara asing dengan bayaran RM50.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata hasil siasatan mendapati premis berkenaan beroperasi sejak dua minggu lalu, dengan menjual setiap dokumen palsu itu berharga RM50.

Polis mendapati kadar sewaan tapak adalah RM600 sebulan. Premis beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 9 malam.

“Penjaga premis akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan.

“Sasaran pelanggan dipercayai warga asing. Kedua-dua suspek di dua premis berkenaan bekerja dengan dua lelaki tempatan dan anggaran gaji suspek antara RM1,500 hingga RM1,700 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazlan turut berkata, turut dirampas dua komputer riba, tiga mesin pencetak, dua mesin laminator, empat kertas dipercayai dokumen palsu keputusan COVID-19 dan wang tunai berjumlah RM 1,331 bagi membantu siasatan.

“Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata, Polis Kuala Lumpur memandang serius isu pemalsuan dokumen itu dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.

“Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanya membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Orang ramai yang mempunyai maklumatberkaitan boleh hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana–mana balai polis berdekatan,” katanya lagi.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Beranak Di Sabah Cuba Bunuh Diri Selepas Tidak Sanggup Tanggung Malu Anak Jadi Scammer
Next Article Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Selama 6 Bulan Untuk Frontliners

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?