I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Sisa Balak Buatkan Sungai Batang Baleh ‘Tersumbat’ Teruk, Bekalan Air Di Seluruh Sibu Turut Terjejas
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sisa Balak Buatkan Sungai Batang Baleh ‘Tersumbat’ Teruk, Bekalan Air Di Seluruh Sibu Turut Terjejas

Oleh Nur Afifah 23 Ogos 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Ini adalah kali kedua kesesakan sisa balak berlaku di Sungai Batang Baleh selepas tahun 2010.

Sisa Balak Buatkan Sungai Batang Baleh ‘Tersumbat’ Teruk, Bekalan Air Di Seluruh Sibu Turut Terjejas. Sejak akhir-akhir ini, banyak kejadian bencana alam yang berlaku dan mengancam habitat haiwan dan manusia yang sememangnya berada dalam situasi yang getir. Apatah lagi dengan pandemik COVID-19 yang masih berlarutan. Beberapa hari yang lalu, kejadian banjir teruk melanda kawasan sekitar Gunung Jerai di Yan, Kedah.

Terbaharu, pencemaran sungai yang teruk pula berlaku di Sungai Batang Baleh, Kapit Sarawak. Dilaporkan bahawa terdapat kesesakan sungai yang teruk di bahagian hulu Sungai Batang Baleh akibat sisa-sisa balak.

Sisa Balak Buatkan Sungai Batang Baleh 'Tersumbat' Teruk, Bekalan Air Di Seluruh Sibu Turut Terjejas
Sisa Balak Buatkan Sungai Batang Baleh ‘Tersumbat’ Teruk, Bekalan Air Di Seluruh Sibu Turut Terjejas. Sumber : FB

Batang Baleh, kawasan ‘kegemaran’ konsesi balak

Untuk pengetahuan anda, Sungai Batang Baleh merupakan salah sebuah cabang sungai terbesar yang mengalir dari Sungai Rejang. Laluannya terletak di kawasan Kapit, iaitu kawasan yang mempunyai struktur muka bumi hutan gunung ganang. Hutan gunung ganang ini dikategorikan sebagai hutan dipterokarp, menjadikannya sebagai kawasan ‘kegemaran’ konsesi balak untuk melaksanakan aktiviti pembalakan sejak berdekad lamanya tanpa menghiraukan impaknya terhadap alam sekitar.

Sisa Balak Buatkan Sungai Batang Baleh 'Tersumbat' Teruk, Bekalan Air Di Seluruh Sibu Turut Terjejas
Foto fail BH

Menurut hasil kajian Teck Yee Ling et al. menerusi The Scientific World Journal (2018), Kapit merupakan kawasan tadahan hujan terbesar di Sarawak iaitu melebihi 5000 milimiter dalam kebanyakan tahun. Dengan cuaca hujan yang berterusan sejak minggu lalu, kesesakan di Batang Baleh ini memperlihatkan kesan buruk aktiviti pembalakan apabila permukaan tanah terhakis dan menghanyutkan sisa balak di tapak pembalakan turun ke dalam sungai.

Bahkan, sedimen dan sisa pepejal nutrien yang terhakis di kaki gunung turut menyumbang kepada pencemaran dan menyebabkan aliran sungai tersumbat.

Sisa Balak Buatkan Sungai Batang Baleh 'Tersumbat' Teruk, Bekalan Air Di Seluruh Sibu Turut Terjejas
Sumber : FB YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing

Pencemaran di Batang Baleh jejaskan sumber bekalan air di seluruh Sibu

Impak daripada kesesakan sisa balak di Batang Baleh ini nampaknya berlanjutan sehingga ke Sibu. Pagi ini, Lembaga Air Sibu (SBW) telah mengeluarkan satu notis amaran di laman Facebook mereka tentang sumber bekalan air yang bakal terhad di seluruh Sibu. Hal ini disebabkan pihaknya tidak dapat menjalankan saringan air mentah dan merawat sumber air akibat kandungan silt (campuran pasir dan tanah liat) yang tinggi dalam sumber air.

Oleh yang demikian, loji rawatan di Jalan Salim dan Jalan Bukit Lima hanya dapat beroperasi pada kadar yang minimum.

Sisa Balak Buatkan Sungai Batang Baleh 'Tersumbat' Teruk, Bekalan Air Di Seluruh Sibu Turut Terjejas
Sumber : FB Sibu Water Board

Kejadian kedua selepas tahun 2010, petara tidak redha

Kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di Sungai Batang Baleh adalah pada tahun 2010. Banjir lumpur dan serpihan kayu menyebabkan laluan air tersumbat dari Kapit sehingga lah ke Sibu. Akibat daripada kesesakan ini, laluan sungai tidak dapat dilalui langsung oleh bot panjang, penambang dan kapal. Malah, hidupan marin seperti ikan dan buaya didapati mati terapung di sungai akibat pencemaran berskala besar ini.

Penduduk di sekitar Batang Baleh terutamanya masyarakat Iban gerun dengan kejadian ini dan menganggap ia adalah amaran daripada petara (semangat/tuhan). Pada tahun 2010 yang lampau, mereka pernah melakukan upacara miring khas susulan kejadian ini bagi menenangkan petara ini. Namun, menurut ADUN Baleh, YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, nampaknya ketenangan petara itu tidak lama memandangkan perkara ini berlaku lagi 11 tahun kemudian iaitu pada tahun 2021.

“Tiada lagi lesen buat syarikat konsesi balak” – Masing

Susulan itu, bagi menghentikan kejadian seumpama ini daripada terus berlaku, Masing membuat kenyataan pada Sabtu yang lalu bahawa lesen syarikat konsesi balak ini tidak akan diperbaharui.

LOGJAM AT BTG BALEH, AGAIN. . The first serious logjam in the head waters of Btg Baleh was in 2010. The jam stretched…

Posted by YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing on Saturday, August 21, 2021

Sekiranya aktiviti pembalakan di kawasan ini tidak dihentikan dengan segera, wajar untuk penduduk dan pihak kerajaan risau akan kesan buruk jangka masa panjang yang bakal dihadapi. Apatah lagi, Batang Baleh bakal dijadikan empangan hidroelektrik sama seperti di Batang Ai dan Bakun. Tentunya, pencemaran sungai dalam skala yang besar ini berupaya menjejaskan jangka hayat dan fungsi empangan.

Sisa Balak Buatkan Sungai Batang Baleh 'Tersumbat' Teruk, Bekalan Air Di Seluruh Sibu Turut Terjejas
Empangan hidroelektrik Baleh yang masih dalam pembinaan.

Baca juga artikel berkaitan upacara miring dalam masyarakat Iban :

Sungai masih menjadi nadi utama pengangkutan untuk penduduk, bukan sahaja di Kapit malah juga di kawasan Kuching. Klik pautan untuk membaca :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkuatkuasa 22 Ogos Ini, 8 Daerah Di Sarawak Tidak Lagi Dibenarkan Untuk Dine In
Next Article “Anda Bukan Lembu,” FDA Beri Amaran Ivermectin Boleh Akibatkan Kematian Berbanding Merawat COVID

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?