• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Keningau Tukar Sisik Ikan Jadi Serunding, Menang Anugerah Antarabangsa

Oleh
Ismail NA
18 Mei 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Inovasi kulinari kreatif sisik ikan ini dinamakan sebagai ‘Serusik’

Pelajar Keningau Tukar Sisik Ikan Jadi Serunding, Menang Anugerah Antarabangsa. Siapa sangka sisa bahan dapur yang sering dianggap remeh dan busuk boleh bertukar menjadi produk makanan inovatif yang bukan sahaja lazat, malah merangkul anugerah di peringkat antarabangsa? Inilah yang dibuktikan oleh lima pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau apabila inovasi mereka, “Serusik” – serunding berasaskan sisik ikan – dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Greenovate 2025.

Pertandingan yang dianjurkan secara dalam talian oleh Asia Pacific Children and Youth Talent Association yang berpusat di Hong Kong ini menyaksikan penyertaan dari pelbagai negara. Namun, kreativiti dan usaha gigih pelajar program Seni Kulinari KV Keningau ini berjaya menambat hati para juri dalam kategori reka bentuk regeneratif bagi kumpulan sekolah menengah. Keputusan rasmi telah diumumkan pada 16 Mei 2025 yang lalu.

Pelajar Keningau Tukar Sisik Ikan Jadi Serunding, Menang Anugerah Antarabangsa
Pelajar Keningau Tukar Sisik Ikan Jadi Serunding, Menang Anugerah Antarabangsa. Dari kiri: Thierry Christian dan Danish Asyraf. Kredit foto: Sirhajwan Idek

Dari Dapur ke Pentas Dunia, Berkat Sisik Ikan

Kumpulan yang dianggotai oleh Thiery Christian dan Danish Asyraf (pelajar tahun dua), serta Danial Jauhari Sidar, Faiz Asmaan Hamizan, dan Iqwan Qhairi Naidu (pelajar tahun akhir yang sedang menjalani latihan industri) ini mendapat idea untuk menghasilkan Serusik apabila menyedari masalah sisa sisik ikan. Bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia kulinari, sisik ikan bukan sahaja berbau hanyir tetapi juga sukar dibersihkan kerana teksturnya yang halus dan berlendir, dan sering menyebabkan masalah di sinki dan saliran.

Berbekalkan ilmu dan kemahiran seni kulinari, mereka berjaya mengubah bahan buangan ini menjadi produk serunding yang bukan sahaja unik tetapi juga mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat. Malah, Serusik telah berjaya dijual dan memberikan keuntungan, membuktikan potensi komersial ciptaan mereka. Ini adalah satu contoh terbaik bagaimana pemikiran di luar kotak mampu menyelesaikan masalah harian sambil menjana pendapatan.

Kejayaan ini bukanlah yang pertama bagi Serusik. Beberapa bulan lalu, projek inovatif ini telah terlebih dahulu memenangi pertandingan Reimagine Waste anjuran Catalyst of Change ASEAN, menandakan impak positifnya yang diiktiraf di peringkat serantau.

Video penuh tentang Serusik boleh ditonton di sini 👇🏻

Selaras Visi Lahirkan Usahawan Muda

Pengarah KV Keningau, Encik Lumang Anak Lang, melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang anak didiknya. Beliau berkata, “Usaha gigih mereka dalam menggunakan kemahiran sebagai pelajar seni kulinari untuk mencipta inovasi yang bukan sahaja berpotensi komersial malah mampu membantu menyelesaikan isu alam sekitar amatlah membanggakan.”

Beliau menambah bahawa pencapaian seumpama ini adalah selari dengan matlamat pendidikan Kolej Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang kreatif dan berdaya saing.

Kejayaan pelajar KV Keningau ini bukan sahaja mengharumkan nama kolej dan negeri Sabah, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda lain untuk berani berinovasi dan melihat setiap cabaran sebagai peluang.

Siapa tahu, mungkin lebih banyak lagi produk “waste-to-wealth” bakal dilahirkan daripada minda kreatif anak Malaysia!

Guru-guru berdedikasi di KV Keningau juga telah berjaya mendorong pelajar mereka menerbitkan jurnal kajian antarabangsa:

Guru KV Keningau Bantu Pelajar Mahir Statistik, Terbit Kajian di Jurnal Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 1853 Kilo Minyak Masak Subsidi Berjaya ‘Diselamatkan’ di Perairan Sandakan dan Lahad Datu
Next Article Burung Kenyalang Pada Kad AFFIN Bukan Lambang Rasmi Sarawak – Ahli Zoologi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?