• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Skim Perubatan Madani, Rakyat B40 Kuching Boleh Dapat Rawatan Percuma Di Klinik Swasta

Oleh
Husna Hazmi
18 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Inisiatif bagi membantu golongan B40 untuk mendapat perubatan dengan lebih mudah.

Skim Perubatan Madani, Rakyat B40 Kuching Boleh Dapat Rawatan Percuma Di Klinik Swasta. Dilaporkan bahawa semua penerima Skim Perubatan Madani (SPM) yang layak boleh menggunakan faedah ini sepenuhnya.

Menurut Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, skim ini menyediakan rawatan percuma kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) daripada klinik pengamal perubatan am (GP) swasta. 

Skim Perubatan Madani, Rakyat B40 Kuching Boleh Dapat Rawatan Percuma Di Klinik Swasta
Skim Perubatan Madani, Rakyat B40 Kuching Boleh Dapat Rawatan Percuma Di Klinik Swasta

Kuching dipilih jadi antara lokasi pertama di Malaysia

Kuching dipilih sebagai antara lokasi pertama darioada 10 daerah lain di seluruh Malaysia untuk inisiatif ini.

Skim perubatan Madani ini dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 15 Jun 2023, dengan jumlah permulaan keseluruhan RM100 juta yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 700,000 isi rumah B40 di seluruh Malaysia.

Bagi daerah Kuching sahaja, Skim ini dikatakan boleh memberi manfaat kepada 53,287 isi rumah, di mana bagi setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan memperuntukkan RM250 untuk setiap isi rumah, RM125 untuk warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 untuk bujang.

Skim Perubatan Madani, Rakyat B40 Kuching Boleh Dapat Rawatan Percuma Di Klinik Swasta

Boleh mendapatkan seberapa banyak rawatan percuma

Penerima STR ini boleh mendapatkan seberapa banyak rawatan percuma yang mereka inginkan sehingga peruntukan untuk setiap isi rumah selesai.

Skim ini akan memberi manfaat kepada semua penerima STR dan mereka akan didaftarkan secara automatik ke dalam inisiatif ini dan apa yang perlu dilakukan adalah membawa kad pengenalan ke klinik GP berdaftar sahaja.

Kini, terdapat 11 klinik GP swasta yang diluluskan di Kuching yang menawarkan perkhidmatan ini dan tujuh permohonan yang kini masih dalam proses, dan lebih banyak lagi dijangka menyertai semasa pelaksanaan inisiatif ini.

Mana-mana GP swasta juga dialu-alukan untuk mendaftar dengan ProtectHealth Corp. untuk menyediakan perkhidmatan sedemikian kepada rakyat.

Skim Perubatan Madani, Rakyat B40 Kuching Boleh Dapat Rawatan Percuma Di Klinik Swasta

Semak senarai klinik

Penerima STR boleh menyemak senarai klinik di sini https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics.

Dalam masa yang sama, matlamat inisiatif ini juga boleh tercapau di mana komuniti B40 boleh mendapat rawatan tambahan percuma di klini swasta rakan kongsi dengan lebih mudah tanpa perlu pergi ke hospital atau klinik kerajaan apabila mereka sakit sekali gus boleh membantu mengurangkan kesesakan kemudahan kerajaan ini.

Hal ini juga dapat membantu mengukuhkan kerjasama antara penjagaan kesihatan awam dan swasta untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas kepada rakyat sambil membantu ekonomi tempatan juga.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Tular Guna Slogan ‘Negeri Bawah Bayu’ Untuk Sarawak, Majalah Airline Ini Betulkan Kesilapan
Tular BMC Kuching Ada Baby Hatch, Ketahui Kenapa Inisiatif Ini Penting Untuk Mengelak Pembuangan Bayi
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syurga Seafood Murah, Nikmati Makanan Laut Segar Di Suria Kitchen Telaga Air
Next Article Santai Bersama Keluarga, Nikmati Percutian Unik Dan Indah Di Melano Cottage Sematan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?