• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen

Oleh
Aina Musa
22 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen

Roti Gardenia sebagai buah tangan rakyat Sarawak itu benar

Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen. Roti Gardenia telah menjadi pilihan utama sebagai buah tangan oleh warga Sarawak apabila mereka pulang dari Semenanjung. Selain daripada rasa yang sedap dan kualiti yang baik, roti ini juga sukar didapati di Sarawak, yang menjadikannya lebih istimewa lagi.

Namun, baru-baru ini, satu insiden yang melibatkan roti Gardenia dan seorang influencer telah menjadi topik hangat di media sosial.

Insiden ini bermula apabila seorang influencer terkenal dari Sarawak memuat naik perkongsian dimana beliau dikatakan mengeluh melihat ruang didalam pesawat penuh gara-gara penumpang khususnya orang Sarawak memborong roti gardenia dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen
Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen

Tambahnya, situasi tersebut telah menyusahkan penumpang lain untuk meletakkan barang mereka kerana ruang tersebut sudah pun dipenuhi dengan roti gardenia.

Akibat daripada kejadian itu penerbangan tersebut terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Kejadian ini membangkitkan kemarahan netizen di media sosial, terutamanya di kalangan warga Sarawak yang melihat tindakan tersebut sebagai menyindir dan melampau.

Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen
Kredit foto: Siakap keli

Tidak cukup dengan itu, beliau menaik semula satu lagi posting yang membangkitkan kemarahan netizen.

Beliau mengkritik tindakan warga Sarawak kerana membeli roti Gardenia dalam kuantiti yang besar sehingga memakan ruang tempat letak barang penumpang lain dan tidak memikirkan orang lain.

Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen

Ini pula reaksi netizen

Menerusi ruangan komen, rata-rata dilihat tidak berpuas hati dengan perkongsian influncer ini.

Tambah netizen, mereka terpaksa membawa roti tersebut ke dalam pesawat dan bukannya dimasukkan ke dalam kargo kerana enggan roti tersebut hancur mahupun kemek.

Ada juga yang menyelar tindakan beliau. Menurut netizen, sekiranya beliau tidak mahu berebut dengan ruang tempat letak barang yang terhad itu sebaiknya beliau hendaklah ‘melabur’ sedikit untuk membeli kargo untuk menyimpan barang beliau.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa akibat daripada harga yang mahal berkali-ganda mereka terpaksa memborong roti ini di Semenanjung sebagai buah tangan.

Rata-rata netizen berpendapat, mereka kecewa dengan influencer tersebut yang tidak memahami warga Sarawak walhal beliau sendiri berasal dari Bumi Kenyalang sendiri.

Ibarat rakyat Semenanjung memborong kek lapis dari Sarawak, begitu juga situasi rakyat Sarawak memborong roti gardenia apabila berangkat pulang dari Semenanjung. Bak kata netizen, kedua-dua situasi ini perlu melibatkan sifat ‘give and take’.

Baca lagi artikel terkini:

Harga Rumah Mampu Milik, Berikut Adalah Senarai Rumah Harga Bawah RM300K Di Sarawak
Bermula Hari Ini, JKR Keluar Notis Penutupan Jalan Di Bulatan TT3 Hingga 8 Mac Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Didapati Antara Pencemar Utama Sampah Plastik Di Lautan, Tapi Satu Asia Sekolahkan Kajian Ini Malaysia Didapati Antara Pencemar Utama Sampah Plastik Di Lautan, Tapi Satu Asia Sekolahkan Kajian Ini
Next Article Mulai 1 Julai Ini, Kerajaan Kuatkuasa Pelitup Muka Bukan Perubatan Wajib Ada Tanda Sirim Mulai 1 Julai Ini, Kerajaan Kuatkuasa Pelitup Muka Bukan Perubatan Wajib Ada Tanda Sirim

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?