• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Subspesies Gajah Terkecil Di Dunia, Kenali Gajah Borneo Pygmy Yang Semakin Terancam

Oleh
Husna Hazmi
9 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahukah anda gajah pygmy paling banyak ditemui di Sabah!

Subspesies Gajah Terkecil Di Dunia, Kenali Gajah Borneo Pygmy Yang Semakin Terancam. Pada tahun 2021, kita dikejutkan dengan kematian gajah borneo pygmy yang mati akibat keradangan teruk pada bahagian organ dalam. Spesies gajah ini amatlah terancam dan tak ramai yang mengetahui tentangnya.

Subspesies Gajah Terkecil Di Dunia, Kenali Gajah Borneo Pygmy Yang Semakin Terancam
Subspesies Gajah Terkecil Di Dunia, Kenali Gajah Borneo Pygmy Yang Semakin Terancam

Dikenali dengan panggilan gajah kerdil Borneo

Gajah pygmy Borneo juga dikenali dengan panggilan gajah kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas maximus borneensis dan ia merupakan sub-spesies gajah Asia terkecil jika dibanding dengan gajah biasa. Gajah pygmy mempunyai ekor yang panjang yang boleh mencapai tanah dan telinga yang agak besar dan gading yang lebih tegak.

Gajah ini juga dipercayai lebih jinak berbanding spesies gajah yang lain. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Columbia, DNA gajah pygmy mempunyai persamaan genetik dengan gajah sub-spesies Asia dan spesies ini hanya boleh ditemui di Sabah dan Utara Kalimantan sahaja.

Populasi terbesar gajah pigmy borneo adalah di Sabah dan kini populasi tersebut semakin menurun sekurang-kurangnya 50% selama tiga generasi terakhir iaitu 60-75 tahun yang lalu.

Subspesies Gajah Terkecil Di Dunia, Kenali Gajah Borneo Pygmy Yang Semakin Terancam

Tergolong dalam spesies haiwan yang sangat terancam

Oleh itu, gajah pygmy ini tergolong dalam spesies haiwan yang sangat terancam. Kemusnahan kawasan hutan tanah rendah, kegiatan pemburuan dan pembalakan antara ancaman yang mengundang kepada kepupusan habitat ini.

Di Malaysia, Gajah pygmy dilindungi mengikut seksyen II Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar. Sesiapa yang didapati bersalah memburu gajah ini boleh disabitkan dengan denda mencecah RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Marilah kita sama-sama melindungi haiwan terancam ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Minat Aktiviti Berkhemah Tapi Tak Ada Khemah? Anda Boleh Menyewa Dari Kumpulan Ini Minat Aktiviti Berkhemah Tapi Tak Ada Khemah? Anda Boleh Menyewa Dari Kumpulan Ini
Next Article Masih Ingat Ini? Ini 6 Barang Yang Telah Kita Gunakan Pada Masa Dulu Masih Ingat Ini? Ini 6 Barang Yang Telah Kita Gunakan Pada Masa Dulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?