Sukma 2024 atasi Sukan SEA dari segi bilangan dan kontinjen
13,000 Termasuk Atlet Dan Pegawai, Sukma 2024 Di Sarawak Lagi Besar Dari Sukan SEA. Dilaporkan bahawa, Sarawak bakal menjadi tuan rumah kira-kira 13,000 atlet, termasuk pegawai, untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2024 akan datang.
Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini juga merupakan yang terbesar dalam sejarah temasya sukan itu membabitkan 37 sukan dan 484 acara dipertandingkan.

Mengatasi Sukan SEA dari segi bilangan dan kontinjen
Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sukma 2024 berkenaan, Datu Hii Chang Kee, ia mengatasi Sukan Asia Tenggara (SEA) dari segi bilangan dan kontinjen.
Beliau berkata, bagi Sukma tahun ini, ada 15 kontinjen termasuk dari Brunei.

Diadakan di sembilan bahagian dan 37 sukan
Beliau turut menjelaskan bahawa jumlah yang begitu besar dan diadakan di sembilan bahagian dan 37 sukan, terdapat cabaran dari segi pengangkutan, perkampungan sukan, dan lain-lain.
Walaupun berdepan cabaran, beliau berkata beliau berpuas hati dengan kemajuan keseluruhan persiapan Sukma tahun ini.
Ada beberapa yang perlu dipercepatkan penyiapannya dan diharapkan dapat diatasi masalah ini,” tambah beliau.

