• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penemuan Sumber Minyak Baru Lebih 1 Billion Tong, Lebih Separuh Terletak Di Sabah Sarawak

Oleh
Nazihah AN
2 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Penemuan Sumber Minyak Baru Lebih 1 Billion Tong, Lebih Separuh Terletak Di Sabah Sarawak

Sebahagian besar penemuan terjadi di Lembangan Sarawak, khususnya di wilayah geologi Balingian dan Luconia Barat

Penemuan Sumber Minyak Baru Lebih 1 Billion Tong, Lebih Separuh Terletak Di Sabah Sarawak. PETRONAS bersama Kontraktor Pengaturan Petroleum, syarikat minyak dan gas nasional, mencatatkan 19 penemuan penerokaan dan dua kejayaan penilaian penerokaan. Ini menyumbang lebih dari satu bilion tong setara minyak (bboe) kepada sumber baharu Malaysia pada tahun 2023.

Kejayaan ini adalah hasil daripada program penerokaan yang dilaksanakan beberapa tahun lalu. Program ini melibatkan penggalian 25 telaga, menjadikannya jumlah telaga penerokaan tertinggi dalam setahun sejak 2015.

Penemuan Sumber Minyak Baru Lebih 1 Billion Tong, Lebih Separuh Terletak Di Sabah Sarawak
Gambar sekadar hiasan

Tiga penemuan lain berlaku di Lembangan Barat Laut Sabah

Lebih separuh daripada penemuan ini berlaku di Lembangan Sarawak, terutamanya dalam wilayah geologi Balingian dan Luconia Barat. Antara penemuan penting termasuk Gedombak-1, Sinsing-1, Machinchang-1, dan Mirdanga-1 oleh PETRONAS Carigali, bersama Babadon-1 dan Chenda-1 oleh PTTEP Thailand.

Tiga penemuan lain berlaku di Lembangan Barat Laut Sabah. Layang-Layang-1 oleh PETRONAS Carigali, Hikmat-1, dan Dermawan-1 oleh PTTEP membuktikan keberkesanan sistem petroleum, membuka peluang baharu di kawasan laut ultra dalam dan laut dalam.

Sementara itu, satu lagi kempen penggalian sedang berlangsung di lembangan yang terbukti sama di perairan cetek di luar pantai Sabah. Dua penemuan lain telah dilaporkan dalam Lembangan Melayu.

Hibiscus Oil & Gas Malaysia menemui gas di telaga Bunga Lavatera-1 berhampiran hab PM3. PTTEP juga menemui minyak dan gas di Simpoh Beludu-1, setelah menembusi takungan hidrokarbon di pasir Kumpulan K yang lebih dalam.

Mohamed Firouz Asnan, Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management (MPM) PETRONAS, menyatakan bahawa kejayaan penerokaan ini mengesahkan keyakinan mereka dalam potensi lebih besar di lembangan Malaysia matang. Mereka menggunakan data seismik 3D baru dan teknologi perisian terkini untuk mengesan potensi hidrokarbon yang lebih dalam.

Firouz menekankan sokongan mereka terhadap penggunaan strategi penerokaan baru yang memberi tumpuan kepada potensi berhampiran lapangan. Ini akan mempercepatkan penghasilan hasil daripada penemuan tersebut, yang penting untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di Malaysia dan rantau ini.

Beliau juga mengumumkan bahawa MPM akan melancarkan Pusingan Bidaan Malaysia pada awal tahun depan, menawarkan lebih banyak blok penerokaan dan peluang sumber kepada bakal pelabur. Firouz menekankan bahawa sokongan bersama dari negeri pengeluar dan kerajaan persekutuan adalah kunci kejayaan dalam pertumbuhan asas sumber negara.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca di pautan bawah:

Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China
Sarawak Tuntut Enam Telaga Minyak Baharu Dari Petronas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Rancang Penerbangan Langsung Kuching-Perth Mulai 2024
Next Article Siap Ada Skybar, Nikmati Pengalaman Unik Bermalam Di Impiana Hotel By Roxy Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?