• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tradisi Suntong Tutok, Nostalgia Rasa Moreh Di Sarawak Yang Tak Pernah Luput

Oleh
Nazihah AN
22 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Tradisi Suntong Tutok, Nostalgia Rasa Moreh Di Sarawak Yang Tak Pernah Luput

Suntong Tutok hidangan yang popular pada bulan Ramadan

Tradisi Suntong Tutok, Nostalgia Rasa Moreh Di Sarawak Yang Tak Pernah Luput. Sarawak sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional yang memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya. Antara yang paling unik ialah Suntong Tutok, snek popular berasal dari Kuching, Sarawak, yang sering ditemui pada bulan Ramadan tetapi kini boleh dinikmati sepanjang tahun.

Suntong Tutok merujuk kepada sotong kering yang terlebih dahulu dibakar sebentar di atas api kecil untuk melembutkan teksturnya sebelum diketuk atau digiling menggunakan tukul khas sehingga nipis dan mudah dimakan.

Tradisi Suntong Tutok, Nostalgia Rasa Moreh Di Sarawak Yang Tak Pernah Luput
Sumber gambar: Borneo Oracle

Suntong Tutok ini dihidangkan bersama sos pedas manis

Proses mengetuk sotong ini bukan sahaja menjadikannya lebih lembut tetapi turut menyerlahkan aroma unik yang cukup menyelerakan. Setelah selesai proses tutok, sotong ini dihidangkan bersama sos pedas-manis istimewa yang menambahkan lagi kelazatannya.

Menurut sejarah lisan, Suntong Tutok telah wujud sejak lebih 50 tahun lalu, mula-mula popular di sekitar kawasan kampung Melayu di Kuching. Snek ini dahulunya dijual secara kecil-kecilan oleh penjaja yang akan mengelilingi kampung sambil mengetuk sotong dengan bunyi yang tersendiri, menarik perhatian pelanggan khususnya kanak-kanak.

@iloveborneomy ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ง๐˜‚๐˜๐—ผ๐—ธ? ๐—”๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—š๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด? ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ-๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ ๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ผ๐—ผ Menarik bila dapat tauk pengalaman sidak yang berjual Suntong Tutok tokk. Dari tahun berapa sidak bejual sampe lah sidak kongsi apa kelainan Suntong Tutok daknya lain daripada yang lain๐Ÿคค ๐Ÿ“Wen Suntong Tutok, Lemang Warisan Kampung Nombor 5, Kuching #fyp #fy #masukberanda #foryoupage #iloveborneomy #sarawaktiktok #ilovekchmy #SineiSungkei #sinemoreh #morehkuching #suntongtutok โ™ฌ original sound – iloveborneomy

Kini, Suntong Tutok bukan sahaja diminati oleh penduduk tempatan tetapi turut menjadi tarikan pelancong yang ingin mencuba sendiri keunikan rasanya. Setiap gigitan membawa nostalgia zaman silam bagi warga Sarawak yang pernah menikmati hidangan ini sejak zaman kanak-kanak mereka.

Jika anda berpeluang ke Kuching, jangan lupa mencuba sendiri Suntong Tutok yang sememangnya mencerminkan kekayaan warisan kulinari Sarawak. Pastinya pengalaman ini bakal memberikan kenangan manis yang sukar dilupakan!

Apa juga hidangan popular di Sarawak sepanjang bulan puasa? Baca sini:

Ini 5 Juadah Yang Ditunggu-Tunggu Orang Sarawak Ketika Bulan Ramadan
Ini 5 Port Menarik Untuk Moreh Sekitar Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenapa Tadarus Al-Quran Sering Dibuat pada Bulan Puasa? Ini Penjelasan Menarik Kenapa Tadarus Al-Quran Sering Dibuat pada Bulan Puasa? Ini Penjelasan Menarik
Next Article Mitos Atau Fakta Puasa Buat Badan Lemah Tak Bermaya, Lihat Penjelasan Penuh Mitos Atau Fakta Puasa Buat Badan Lemah Tak Bermaya, Lihat Penjelasan Penuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia โ€˜Survivalโ€™ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?