• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Supermarket Giant Bakal Meninggalkan Sabah dan Sarawak

Oleh
ILB - AI
4 Februari 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Supermarket Giant Bakal Meninggalkan Sabah dan Sarawak

Supermarket Giant Bakal Meninggalkan Sabah dan Sarawak. Tapi jangan risau, ini bukan permanent! Menurut The Edge Malaysia, firma peruncitan GCH Retail (M) Sdn. Bhd., yang mengendalikan hypermarket dan pasar raya Giant serta Cold wp-content/uploads, Mercato dan Jason akan ‘keluar’ dari Sabah dan Sarawak untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Supermarket Giant Bakal Meninggalkan Sabah dan Sarawak
Supermarket Giant Bakal Meninggalkan Sabah dan Sarawak. Kredit: GoWhere

Penyusunan Semula Operasi

Penutupan perniagaan firma peruncitan di Sabah dan Sarawak adalah untuk proses mengalihkan cawangannya di Sabah dan Sarawak kepada local players yang sudah established.

Menurut jurucakap GCH Retail, mereka sedang dalam proses peralihan semua kedai kepada peruncit tempatan yang berwibawa dan akan meneruskan perniagaan pasar raya mereka untuk kebaikan para pelanggan dalam jangka panjang.

“Perubahan ini juga telah membuka peluang baharu untuk pasukan sedia ada, dan membuka peluang pekerjaan baharu. Kami telah berunding dengan pegawai dan kementerian yang berkenaan untuk memastikan peralihan ini dapat dilakukan dengan cara paling berkesan, tanpa memberi impak kepada para pelanggan dan pasukan kerja kami, yang akan terus kami berikan perhatian apabila perubahan ini berlaku,” katanya.

Salah Satu Pemain Tempatan Yang Dikenal Pasti Untuk Mengambil Alih Gedung Giant Ialah Bataras Sdn. Bhd.

Selain itu, kedai-kedai kesihatan dan kecantikan seperti Guardian akan terus beroperasi. Kedai-kedai Guardian kini beroperasi dengan baik di Sabah dan Sarawak dan mereka akan terus melabur di dalamnya untuk memenuhi keperluan penduduk di sana.

Juga menurut jurucakap tersebut,

“Peralihan operasi peruncitan kami [pasar raya dan pasar raya besar] kepada pemilikan tempatan tidak menjejaskan perniagaan kesihatan dan kecantikan kami.”

GCH, iaitu sebahagian daripada Dairy Farm International Holdings Ltd. (DFI) Hong Kong, merupakan satu-satunya pengendali pasar raya asing yang menjalankan perniagaan ke Sabah dan Sarawak.

Baca Artikel Kami Yang Lain

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/ini-adalah-senarai-peristiwa-utama-yang-telah-berlaku-pada-januari-2020/
http://http://https://www.iloveborneo.mytempat-menarik-di-borneo/inilah-pillars-of-sabah-tiang-mural-haiwan-eksotik-yang-instaworthy-di-kota-kinabalu/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buffet Legend Sarawak, Hartz Chicken Buffet Tawar Harga Promosi Serendah RM22 Sahaja
Next Article Gaji Minimum : 222 Majikan Di Sarawak Gagal Akur Perintah Tersebut Gaji Minimum : 222 Majikan Di Sarawak Gagal Akur Perintah Tersebut

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?