• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Susulan Isu Terkandas 8 Jam Di KLIA, Batik Air Tampil Mohon Maaf Agih Baucar Setelah ‘Ditegur’ Anthony Loke

Oleh
Nazihah AN
29 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Susulan Isu Terkandas 8 Jam Di KLIA, Batik Air Tampil Mohon Maaf Agih Baucar Setelah 'Ditegur' Anthony Loke

Penumpang terpaksa bermalam di lapangan terbang tanpa disediakan selimut atau bantal leher.

Susulan Isu Terkandas 8 Jam Di KLIA, Batik Air Tampil Mohon Maaf Agih Baucar Setelah ‘Ditegur’ Anthony Loke. Syarikat penerbangan Batik Air, yang sebelumnya dikenali sebagai Malindo Air tampil mohon maaf kepada penumpang dan merasa kesal atas isu penerbangan tergendala selama 8 jam dari KLIA pada jumaat lepas.

Sebelum ini telah tular di laman sosial di mana penumpang naik bengang apabila masa penerbangan mereka terpaksa ditangguh selama 8 jam tanpa notis. Bagi anda yang belum baca lagi, boleh klik pautan ini> Penerbangan Ke Kuching Tertangguh 8 Jam Tanpa Notis, Individu Naik Bengang Marah Staf

Susulan Isu Terkandas 8 Jam Di KLIA, Batik Air Tampil Mohon Maaf Agih Baucar Setelah 'Ditegur' Anthony Loke
Susulan Isu Terkandas 8 Jam Di KLIA, Batik Air Tampil Mohon Maaf Agih Baucar Setelah ‘Ditegur’ Anthony Loke

Kongsian video di laman Twitter telah mendapat perhatian menteri.

Kongsian video dari salah satu penumpang telah mendapat perhatian dari Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke di laman Twitter beliau. Menerusi ciapan beliau, dirinya telah menghubungi dan gesa pihak pengurusan untuk tampil minta maaf kepada penumpang:

Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @/malindoair ..mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab.”

Setelah ditegur oleh Anthony Loke, pihak syarikat penerbangan Batik Air akhirnya tampil memberi kenyataan bahawa pihaknya akan menghubungi semua penumpang yang terkesan, bagi menyampaikan baucar istimewa secara percuma kepada mereka.

Susulan Isu Terkandas 8 Jam Di KLIA, Batik Air Tampil Mohon Maaf Agih Baucar Setelah 'Ditegur' Anthony Loke

Punca insiden sedang disiasat, dan kami akan terus berusaha membaiki sebarang kelemahan dalam operasi kami, untuk sentiasa menambah baik penyampaian perkhidmatan kami kepada pelanggan.

Kami amat kesal dengan kelewatan yang mengakibatkan rasa tidak selesa kepada penumpang dan kaum keluarga masing-masing,”

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke.

Beberapa penumpang mendakwa bahawa makan dan minum yang dijanjikan tidak pernah tiba.

Menurutnya baucar makan disediakan semasa kelewatan, namun kemudahan lain seperti penginapan tidak dapat disediakan kerana kemudahan bilik hotel yang sudah habis ditempah, dan tiada outlet makan dibuka di terminal itu selepas tengah malam.

Kami tidak berniat untuk mengakibatkan sebarang kelewatan yang berlarutan, dan kami ingin member jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan ini telah diperbetulkan, dan operasi kami di terminal telah kembali normal”

Walau bagaimana pun, beberapa penumpang mendakwa bahawa makan dan minum yang dijanjikan tidak pernah tiba.

Ciapan video Firdaus meraih lebih sejuta perhatian apabila ia memaparkan penumpang yang terkandas tidur di bangku berhampiran dengan pintu pelepasan.

SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nikmati Makanan Enak Gabungan Barat Dan Selera Tempatan Di The Primitive Cafe, Kuching
Next Article Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Berusia 11 Tahun Di Bau, Bekas Askar Didakwa Di Mahkamah Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Berusia 11 Tahun Di Bau, Bekas Askar Didakwa Di Mahkamah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?