Ibu kepada bayi tersebut terselamat namun cedera parah.
Syaitan Bertopengkan Manusia, Warga Emas Tergamak Bunuh Bayi 6 Bulan Di Sabah. Dilaporkan bahawa, seorang bayi perempuan berusia 6 bulan maut manakala ibunya cedera parah selepas ditetak menggunakan parang di sebuah Kampung Ubi Sungai Pauh di Sabah pada hari Selasa.

Telinga kiri mangsa berusia 35 tahun hampir putus
Kejadian tragis yang berlaku pada jam 2 petang itu telah mengakibatkan telinga kiri mangsa berusia 35 tahun hampir putus akibat diserang suspek yang merupakan warga asing.
Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 2.40 petang.
Sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan kemudiannya digegaskan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan polis mendapati bayi perempuan berumur enam bulan itu sudah meninggal dunia dipercayai ditetak di bahagian kepala.
“Si ibu pula mengalami kecederaan parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus akibat tetakan,” jelas beliau dalam kenyataan media semalam.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kinabatangan
Dzulbaharin berkata kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan dan rawatan yang lebih lanjut.
Suspek pula berjaya ditangkap di kawasan ladang kelapa sawit, manakala parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa turut dirampas di lokasi yang sama.
“Suspek warga asing berusia 60 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian dan suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” katanya.