• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Syarikat Penerbangan Sarawak Dijangka Beroperasi Dalam Dua Bulan Lagi

Oleh
Farisha
20 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Abang Jo optimis syarikat penerbangan Sarawak bakal beroperasi dalam tempoh 2 bulan lagi

Syarikat Penerbangan Sarawak Dijangka Beroperasi Dalam Dua Bulan Lagi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu bahawa syarikat penerbangan baharu milik negeri Sarawak dijangka akan mula beroperasi dalam masa dua bulan dari sekarang.

Beliau memaklumkan segala urusan berkaitan penubuhan syarikat penerbangan tersebut hampir selesai dan akan mempunyai pesawat sendiri tidak lama lagi.

Syarikat Penerbangan Sarawak Dijangka Beroperasi Dalam Dua Bulan Lagi
Syarikat Penerbangan Sarawak Dijangka Beroperasi Dalam Dua Bulan Lagi

“Isu berkaitan syarikat penerbangan kita boleh diselesaikan dalam masa dua bulan, dan kita akan mempunyai pesawat sendiri,” katanya semasa berucap di majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 yang berlangsung di MITEC, menurut laporan media tempatan.

Penerbangan baharu bakal permudah perjalanan rakyat dan merancakkan sektor pelancongan negeri

Menurut beliau, penubuhan syarikat penerbangan ini akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dengan memudahkan pergerakan mereka antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Premier Sarawak juga menjelaskan bahawa syarikat penerbangan ini akan memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan negeri dengan memudahkan akses pelancong ke destinasi-destinasi menarik di Sarawak, termasuk dua lokasi Warisan Dunia UNESCO iaitu Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Niah.

Beliau sebelum ini telah mengumumkan hasrat untuk melancarkan syarikat penerbangan ini menjelang penghujung tahun 2024, sebagai usaha untuk memperkukuhkan sektor pelancongan dan perhubungan di negeri Sarawak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Syarikat Penerbangan Sarawak Yang Pertama Dijangka Bakal Beroperasi Hujung Tahun Ini
Syarikat Penerbangan Sarawak Akan Mula Beroperasi Selepas Memperoleh 4 Buah Pesawat

SUMBER :BERNAMAThe Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Bakal Umum Inisiatif Wang Saku Pelajar Sarawak Pada Pembentangan Belanjawan Negeri
Next Article Lima Jasad Mangsa Tragedi Bot Karam Sungai Sarawak Ditemui

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?