• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Jadi Dalang Sindiket Lesen Terbang, Warga Asing Ditahan SPRM Di Sabah

Oleh
Aina Musa
22 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Jadi Dalang Sindiket Lesen Terbang, Warga Asing Ditahan SPRM Di Sabah

Kantoi bersubahat dengan penguat kuasa

Padah Jadi Dalang Sindiket Lesen Terbang, Warga Asing Ditahan SPRM Di Sabah. Seorang lagi suspek ditahan selepas disyaki bersubahat dengan penguatkuasa bagi kesalahan mengeluarkan lesen terbang dengan nilai wang rasuah dianggarkan berjumlah RM300,000.

Suspek berusia 40an yang disyaki menjadi orang tengah terhadap kesalahan itu ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, di sini semalam.

Padah Jadi Dalang Sindiket Lesen Terbang, Warga Asing Ditahan SPRM Di Sabah. Kredit: Google

SPRM telah membuat permohonan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Lahad Datu, Sabah pagi tadi.

Majistret Ryan Sagiran Rayner Junior kemudian mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 November depan.

Menurut sumber, suspek lelaki warga asing terbabit ditahan kira-kira jam 4 petang ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu.

Katanya, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta disyaki memberi rasuah kepada penguatkuasa sebagai balasan mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa mengikuti ujian memandu.

“Modus Operandi yang dilakukan oleh ‘orang tengah’ terbabit adalah dengan meminta wang rasuah daripada setiap calon berjumlah antara RM400 hingga RM1,200.

“Wang berkenaan kemudian diberikan kepada penguatkuasa terbabit bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Baca lagi artikel menarik:

Wanita Kembang Tekak, Peniaga Tak Jujur Guna Isi Ayam Busuk Dalam Kuetiau Goreng
Terdesak Beli Susu Dan Lampin Anak, Lelaki Curi Duit Majikan Didenda RM1K Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu
Next Article Ketahui 10 Makanan Rare Yang Hanya Dijumpai Di Sabah Dan Sarawak Ketahui 10 Makanan Rare Yang Hanya Dijumpai Di Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?