• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tak Ada Empati, Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak ‘Melampau’ Pelawak Singapura

Oleh
Aina Musa
8 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Tak Ada Empati, Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak 'Melampau' Pelawak Singapura

‘Anak saya masih menangis kehilangan ayah, awak buat lawak’ – Waris MH370

Tak Ada Empati, Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak ‘Melampau’ Pelawak Singapura. Intan Maizura merupakan pasangan kepada salah seorang pramugara dalam penerbangan MH370, iaitu Mohd Hazrin Mohamed Hasnan.

Semalam, tindakan komedian terkenal dari Singapura, Jocelyn Chia, yang merendahkan dan menghina Malaysia dalam persembahan komedi berdirinya, dikritik secara meluas oleh netizen.

Tak Ada Empati, Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak 'Melampau' Pelawak Singapura
Tak Ada Empati, Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak ‘Melampau’ Pelawak Singapura. Kredit: Berita Harian

“Anak saya Muhammad masih lagi menangis atas kehilangan ayahnya dan awak menjadikan MH370 ini sebagai satu perkara yang lawak. Tidak kira betapa jahatnya anda tetapi jangan sebut mengenai MH370 atau buat lawak mengenainya,” kata seorang waris tragedi berkenaan, Intan Maizura Othaman.

Tak Ada Empati, Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak 'Melampau' Pelawak Singapura

Yang lebih mengejutkan, wanita tersebut juga menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka, yang membangkitkan kemarahan netizen.

Intan Maizura, melalui TikToknya, mengungkapkan bahawa wanita itu seharusnya menunjukkan sedikit empati dan tidak sepatutnya membuat jenaka dengan kesedihan orang lain.

“Awak tahu berapa banyak ibu yang masih menangis sehingga kini, awak tidak tahu kerana tidak mempunyai empati dan perasaan. Atau awak tidak mempunyai keluarga pun, kalau mempunyai keluarga saya percaya mereka sudah tentu malu dengan apa yang awak lakukan ini.

Tak Ada Empati, Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak 'Melampau' Pelawak Singapura

“Awak tidak sepatutnya lakukan lawak jenaka ini untuk mendapat ‘pengiktirafan’ daripada orang lain. Mempunyai hati dan menetap di negara sedang membangun lebih baik daripada duduk di negara maju tetapi menjadi manusia yang keji,” katanya.

Melalui video viral berdurasi 29 saat, Jocelyn Chia meminta salah seorang penontonnya untuk memperkenalkan diri dan memberitahu negara asal.

Apabila penonton tersebut menjawab Malaysia, pelawak itu dengan serta-merta menunjukkan muka jijik dan menyifatkan Malaysia sebagai negara yang tertinggal jauh daripada Singapura yang telah menjadi negara maju selepas lebih daripada 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Dalam pada itu, Intan Maizura turut meminta orang ramai untuk hentikan normalisasi perkara sebegini dan menjadi masyarakat lebih peka dengan perkara sensitif.

Sehingga kini, video dalam akaun rasmi TikTok milik Jocelyn belum dipadamkan namun pelawak itu memadam semua komen yang diberikan sebelum ini.

Baca lagi artikel menarik:

KLIA Dan KLIA 2 Kini Tukar Nama Menjadi Terminal 1 Dan Terminal 2
Penuh Dengan Adat Iban, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Pasangan Kelantan Dan Gadis Kapit Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Target' Warga Emas Dari Kuching Ke Samarahan, Empat Suspek Peragut Diberkas Polis ‘Target’ Warga Emas Dari Kuching Ke Samarahan, Empat Suspek Peragut Diberkas Polis
Next Article Berita Baik, Chubbs Tawar 1 Set Burger Percuma Buat Pelajar Dapat Keputusan 5A Dan Ke Atas Berita Baik, Chubbs Tawar 1 Set Burger Percuma Buat Pelajar Dapat Keputusan 5A Dan Ke Atas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?