• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Tak Guna Ikan Pun Boleh Sedap, Wanita Ini Kongsi Resipi Mee Belacan Original Sarawak

Oleh
ILB - AI
27 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Resipi mee belacan original Sarawak, tanpa menggunakan ikan

Tak Guna Ikan Pun Boleh Sedap, Wanita Ini Kongsi Resipi Mee Belacan Original Sarawak. Setiap negeri di Malaysia mempunyai ciri tersendiri, terutamanya dari segi makanan. Makanan tradisional mewakili kekayaan dan keistimewaan identiti setiap negeri.

Isi Isi Penting
  • Bahan-Bahan Mee Belacan Sarawak:
  • Bahan Sampingan:
  • Cara-Cara:
  • Sambal Cili

Sarawak adalah negeri yang kaya dengan budaya dan masakan yang unik tetapi lazat. Apabila anda memikirkan makanan Sarawak, anda hampir pasti memikirkan menu mee kolok dan mee laksa. Namun, juadah istimewa yang akan dikongsi kali ini ialah mee belacan Sarawak.

Menurut sumber, seorang pengguna Facebook, Dayang Zulaina membuat perkongsian mengenai resipi asli masyarakat Sarawak. Menariknya, walaupun resipi kuah ini tidak memerlukan penggunaan ikan, namun rasanya pekat dan enak, lebih-lebih lagi dimakan seisi keluarga.

Tak Guna Ikan Pun Boleh Sedap, Wanita Ini Kongsi Resipi Mee Belacan Original Sarawak
Sumber: Facebook

Bahan-Bahan Mee Belacan Sarawak:

  • 1 bungkus bihun (direndam dan dicelur)
  • Bawang merah 5/6 ulas (kalau nak letak lebih pun boleh. Lagi banyak lagi sedap)
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang besar 1 ulas
  • Cili kering 10 tangkai (kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
  • Belacan 1 sudu besar (nak sedap pakai belacan Bintulu)
  • Sedikit udang kering (boleh gandakan bahan kalau nak buat banyak)
  • 1 liter air/lebih
  • Gula apong/gula melaka
  • 2 sudu otak udang
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Sos tiram 2 sudu
  • Kicap manis dan kicap masin
  • Kiub pati ayam
  • 3-4 asam keping (kalau suka masam letak lebih)

Bahan Sampingan:

  • Taugeh (celurkan)optional
  • Timun (hiris nipis)
  • Telur padi belah 2/belah 4
  • Sotong kembang (celur dan hiris nipis)
  • Limau kasturi belah 2
  • Kacang tanah (goreng/sangai dan ditumbuk manja je) atau boleh je beli yang dah siap.

Cara-Cara:

1. Kisar halus bahan-bahan yang bertanda. Kemudian tumis sehingga wangi dan pecah minyak.

2. Masukan asam keping, kicap,sos tiram,otak udang,gula apong/gula melaka, kiub pati ayam dan air.

3. Jadi kat sini kenalah rasa masin, manis, pedas dia. Ngam dengan tekak cun dah tu.

4. Akhir sekali masukan tepung jagung. Masak hingga kuah pekat.

5. Angkat kuah, hidangkan bersama mihun dan bahan-bahan sampingan seperti dalam gambar.

Sambal Cili

6. Cili kering ikut suka nak banyak mana.

7. Belacan bakar sikit. Blend dan tumis sehingga masak dan pecah minyak tau. Tambah sikit serbuk secukup rasa Maggie.

Tips: Masa menumis boleh letak dahulu gula apong/gula Melaka/gula pasir supaya bahan tumis lagi cantik dan wangi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Makanan Tradisional Sarawak, Ketahui ‘Tumpik’ Sajian Enak Penuh Nostalgia Di Bumi Kenyalang
https://www.iloveborneo.my/kenali-suman-lemantak-makanan-tradisional-unik-masyarakat-melayu-di-kabong/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aiskrim Kacang Merah Sedap Berlemak Manis, Boleh Buat Untuk Makan Sendiri
Next Article Didakwa Terlibat Rasuah Projek Bernilai RM399 Juta Di Sarawak, SPRM Siasat Petronas Didakwa Terlibat Rasuah Projek Bernilai RM399 Juta Di Sarawak, SPRM Siasat Petronas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?