Cawangan Swee Kang di Samarahan kini beroperasi di Jalan Uni Central
Tak Perlu Jauh-Jauh, Ais Kacang Swee Kang Kini Buka Cawangan Di Samarahan. Khabar gembira bagi penggemar Ais Kacang Swee Kang di kawasan ini, kerana ia kini telah membuka cawangan di Samarahan!
Ais Kacang Swee Kang, yang terkenal dengan hidangan ais kacang segar dan menyegarkan, telah menjadi nama yang cukup terkenal di kalangan orang Sarawak.

Port minum petang buat warga Samarahan
Dengan pelbagai pilihan topping seperti kacang merah, jagung manis, cincau, dan lain-lain, ia telah menjadi pilihan utama bagi penggemar hidangan manis sejuk.
Tidak hanya itu, mereka turut hidangkan rojak buah, laksa Sarawak, mi belacan, lok-lok dan banyak lagi!
Pembukaan cawangan baru di Samarahan, penduduk kawasan ini kini boleh menikmati hidangan segar dan enak ini tanpa perlu pergi jauh-jauh ke Kuching. Cawangan baru ini dilengkapi dengan suasana yang selesa dan bersih.



Hari panas macam seronok bila dapat ais kacang, kan?
Jika anda mencari hidangan sejuk yang menyegarkan di kawasan Samarahan, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Ais Kacang Swee Kang yang baru dibuka ini. Dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang terjamin, ia pasti akan memuaskan selera anda!
Lokasi: Chang Swee Kang, Uni- Central Samarahan Expressway (bawah pusat tuisyen A One)
Waktu beroperasi: Setiap hari (12.00 tengahari- 6.30 petang)/ Hujung minggu (11.00 tengahari- 6.30 petang)
