Tahukah Anda, 60% Permohonan Pinjaman GXBank Dibuat Di Luar Waktu Bekerja?
Tak Perlu Slip Gaji Fizikal, Bank Digital Ini Boleh Luluskan Pinjaman Dalam Beberapa Minit Sahaja. Pernahkah anda tersangkut dalam dilema kewangan apabila musim perayaan datang berturut-turut? Bagi kita di Sabah dan Sarawak, keunikan budaya bermakna sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, dan Hari Gawai sering kali dirai hampir serentak. Apabila perayaan besar ini disambut rapat-rapat, bajet bulanan mula sesak, dan jurang hari gaji (Pay Day Gaps) menjadi musuh utama yang paling digeruni.
Bayangkan situasi ini: kereta tiba-tiba rosak sebelum sempat memulakan perjalanan road trip balik kampung merentasi Lebuhraya Pan Borneo, atau bajet ubah suai rumah untuk menyambut tetamu tiba-tiba lari daripada perancangan asal. Nak buat pinjaman bank pula, lazimnya memerlukan anda untuk menunggu dalam masa 5 hingga 10 hari bekerja. Hidup tidak pernah menunggu, jadi mengapa sistem perbankan lama masih mahu kita bermain “Waiting Game” yang meletihkan?

Sistem Bank Tradisional Menjadi Urusan Leceh Buat Pekerja Moden
Bagi golongan pekerja moden hari ini , sama ada graduan muda yang baru memulakan kerjaya, pekerja gig, freelancer, mahupun usahawan kecil, berurusan dengan sistem perbankan tradisional adalah sesuatu yang leceh, banyak prosedur dan tidak fleksibel. Mereka bekerja keras demi masa depan, tetapi apabila memerlukan bantuan aliran tunai segera, mereka sering tersangkut di sebalik kerenah birokrasi dan syarat dokumen fizikal yang rumit.
Sistem perbankan kebanyakannya direka untuk kelompok yang mempunyai slip gaji tetap, sekali gus menyukarkan mereka yang mempunyai profil pendapatan bukan tradisional. Seiring dengan perubahan landskap pekerjaan masa kini, GXBank (bank digital pertama Malaysia) hadir membawa falsafah berani menerusi kempen CHALLENGE THE SYSTEM / GEGAR SISTEM. Mesej mereka kepada seluruh rakyat Malaysia adalah mudah:
“Tak suka, ubah je!”
Kenali GXBank FlexiCredit, Pinjaman Kredit Pantas Tanpa Perlu Slip Gaji Fizikal
GXBank hadir dengan penyelesaian untuk masalah ini menerusi GX FlexiCredit, di mana kelebihannya adalah aspek Credit Speed (Kelajuan Kredit).
Menerusi GX FlexiCredit, anda tidak lagi perlu pening kepala mencari mesin pengimbas atau mencetak penyata slip gaji berhelai-helai. Sebagai alternatif kepada ‘Modern Proof’, permohonan diproses dalam beberapa minit sahaja dengan menggunakan pembuktian moden melalui EPF i-Akaun bagi menggantikan keperluan slip gaji fizikal. Seluruh proses permohonan dilakukan 100% secara digital, lebih mudah, pantas dan lancar untuk pengguna. Malah, 8 daripada 10 pengguna FlexiCredit mengakui mereka memilih platform ini khusus kerana faktor kepantasannya yang menyelamatkan keadaan. (*sumber daripada GXBank Customer Data, Q1, 2026).
Sistem Pinjaman yang Fleksibel, Pantas dan Melegakan

Penyelesaian GXBank ini bukan sekadar pemerhatian, tetapi juga dibina berdasarkan data impak pengguna yang sangat telus:
- Penyelamat Di Luar Waktu Pejabat: Sebanyak 60% daripada permohonan pinjaman dipohon dan diproses di luar waktu operasi bank biasa (waktu malam atau awal pagi semasa kecemasan berlaku1).
- Menyokong Golongan Rentan: Sebanyak 50% daripada peminjam adalah mereka yang berpendapatan rendah (pendapatan bulanan <RM4,000) yang tidak layak mendapat pinjaman di bank lain, sebaliknya telah berjaya dibantu oleh GXBank2.
- Aktifkan Dulu, Guna Kemudian: Anda boleh memohon dan mengaktifkan had kredit sehingga RM150,000 siap-siap sebagai tabung kecemasan. Tiada sebarang faedah akan dikenakan selagi anda tidak mengeluarkan wang tersebut.
- Fleksibiliti Maksimum: Apabila kecemasan berlaku, anda bebas membuat pengeluaran (drawdown) pada bila-bila masa mengikut keperluan, dengan nilai minimum RM500. Tempoh bayaran balik boleh dipilih bermula dari 6 hingga 60 bulan, dengan TIADA yuran penyelesaian awal sekiranya anda mahu melangsikannya lebih awal.
(1Data daripada GXBank Customer Data, Q1, 2026)
(2Data daripada GXBank Customer Impact Survey, Q3, 2025)
Melalui GX FlexiCredit, detik cemas jurang hari gaji atau kos luar jangka semasa musim perayaan di Borneo kini bukan lagi satu mimpi ngeri. Anda kini memegang kendali penuh untuk melindungi aliran tunai keluarga dengan pantas, telus, dan bermartabat.
Kemudahan Ini Juga Tersedia untuk Para Usahawan Kecil Melalui GX Biz FlexiLoan
Bagi anak-anak Sarawak dan Sabah yang mengusahakan perniagaan sendiri (seperti kedai makan, runcit, atau pembuatan kraf), GXBank turut menyediakan sokongan untuk anda menjadi ‘Biz Hero’ menerusi GX Biz FlexiLoan yang dikhususkan buat pemilik perniagaan milikan tunggal (Sole Proprietor).
Jangan biarkan masa menunggu meragut ketenangan hidup anda. Inilah masanya untuk kita mengubah cara lama. Muat turun aplikasi GXBank dan layari laman web rasmi mereka dalam versi ENG atau BM sekarang.
Tertakluk pada terma, syarat & kriteria kelayakan.


