Jenuh Nak Bawa Kertas Besar Sia Sitok!
Tak Perlu Susah-Susah Bawa A4, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Kad Perakuan Nikah Sarawak. Bagi pasangan yang telah berkahwin, sijil perakuan nikah adalah sesuatu yang sama pentingnya seperti kad pengenalan. Perakuan ini haruslah dibawa ke mana-mana bagi membuktikan bahawa anda dan pasangan anda adalah suami isteri yang sah di sisi agama dan undang-undang. Walau bagaimanapun, sijil perakuan nikah di Sarawak masih dikeluarkan dalam saiz A4 dan tidak dikeluarkan kad nikah seperti mana negeri-negeri lain di Malaysia.
Namun demikian, seorang lelaki telah berkongsi info tentang cara untuk membuat kad perakuan nikah di Sarawak. Melalui laman FB beliau, Nasz Zerosix, anda kini boleh membuat kad perakuan nikah sendiri. Mari baca perkongsian beliau di bawah.
#SHARE²Khas untuk WARGA BINTULU…ada yang tauk dan ada yang sik tauk pasal tok? or sik patut kita nak ngembak…
Posted by Nasz Zerosix on Thursday, February 20, 2020
Resize, Cop JAIS, Laminate. Settle!
“Khas untuk warga Bintulu. Ada yang tahu dan tidak tahu tentang info ini. Rasanya tak patut kita membawa perakuan nikah yang bersaiz A4 apabila hendak pergi ke mana-mana, kan? Jadi di sini saya ingin menerangkan tentang lokasi membuat kad perakuan nikah bersaiz kad pengenalan. Jangan risau kerana kad perakuan ini sah. Lokasinya adalah di ‘kedai KIWI leret SING KWONG Medanjaya’. Harganya hanya RM 7.00 siap ‘laminated‘.
Tetapi sebelum ‘laminated’, pastikan kad tersebut dicop terlebih dahulu oleh pihak JAIS untuk pengesahan salinan asal (seperti dalam gambar kedua). Kemudian, barulah kembali ke kedai untuk ‘laminate’. Jangan lupa untuk membawa sijil perakuan nikah anda ke kedai. Kalau tak bawa, macam mana nak buat kan? Info dikongsi oleh saya, sekian terima kasih”
Menurut beliau, anda boleh membawa sijil perakuan nikah asal ke sebuah kedai di kawasan Medanjaya, Bintulu untuk proses ‘resize’ kepada saiz yang lebih kecil. Namun begitu, anda perlu membawa kad kecil tersebut ke pejabat Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk pengesahan bahawa ia adalah salinan sijil asal. Setelah mendapat cop pengesahan, barulah anda kembali ke kedai tersebut untuk proses laminate. Alaa, senang jak duhal!
Apa Kata Netizen?
Perkongsian yang telah mendapat 1.1K shares dan 434 tanda sukaan tersebut juga mendapat respon positif daripada netizen. Rata-ratanya bersetuju bahawa sijil perakuan nikah yang mereka miliki dikecilkan saiz salinan bagi memudahkan mereka membawa dokumen penting ini kemana-mana untuk tujuan keselamatan. Melalui ruangan komen juga, sijil perakuan nikah masa kini agak berbeza daripada sijil perakuan nikah beberapa tahun yang lalu kerana maklumat dalam sijil kini ditambah baik selain turut melampirkan gambar pasangan yang berkahwin.
Dalam masa yang sama, netizen juga mencadangkan kedai-kedai lain yang menyediakan perkhidmatan resize dan laminate ini di sekitar Kuching seperti Thong Hin (Jalan Haji Taha), kedai Xafa (Satok), dan Sam Fah (Sungai Maong).
Anda ada isu yang sama? Jika anda berkebolehan untuk resize sijil-sijil seperti ini, mungkin anda boleh melakukan nya sendiri di rumah. Atau anda sudah boleh mula membuka bisnes resize dan laminate jika ia masih belum ada di sekitar kawasan anda. Ini semua untuk manfaat bersama juga, kan?