I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Puas Hati Sabah Sarawak Dapat Bajet Lebih, Lelaki Ini Selamba ‘Sekolahkan’ MP

Oleh Aina Musa
10 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Tak Puas Hati Sabah Sarawak Dapat Bajet Lebih, Lelaki Ini Selamba 'Sekolahkan' MP

Kenapa Sabah Sarawak dapat peruntukan lebih?

Tak Puas Hati Sabah Sarawak Dapat Bajet Lebih, Lelaki Ini Selamba ‘Sekolahkan’ MP. Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila MP Bachok iaitu YB Syahir Sulaiman mempertikaikan peruntukan yang diperolehi Sabah dan Sarawak menerusi belanjawan 2023 yang dibentang baru-baru ini.

Menerusi belanjawan tersebut, Sabah telah menerima sebanyak RM 6.4 Billion manakala Sarawak pula menerima sebanyak 5.4 Billion. Difahamkan, kedua-dua wilayah ini antara negeri yang menerima peruntukan yang paling banyak berbanding negeri-negeri lain.

Tak Puas Hati Sabah Sarawak Dapat Bajet Lebih, Lelaki Ini Selamba 'Sekolahkan' MP
Tak Puas Hati Sabah Sarawak Dapat Bajet Lebih, Lelaki Ini Selamba ‘Sekolahkan’ MP. Kredit: Yuwana TV

Ditentang hebat oleh YB Bachok

Hal ini telah menimbulkan pertikaian oleh MP Bachok yang beranggapan jumlah peruntukan yang diterima oleh 4 buah negeri lagi iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis jika digabung peruntukan mereka masih tidak dapat mengatasi jumlah yang diterima oleh wilayah Sabah mahupun Sarawak.

Perdebatan antara MP ini mula mendapat perhatian ramai termasuk beberapa individu di Tiktok. Beberapa individu ini telah tampil berkongsi penjelasan mengenai pandangan mereka mengapa Sabah dan Sarawak mendapat dana yang lebih daripada negeri-negeri lain.

Perkongsian itu telah dikongsi menerusi tiktok mereka iaitu Yuwana TV yang terkenal dengan tagline ‘medan diskusi politik santai’.

Tak Puas Hati Sabah Sarawak Dapat Bajet Lebih, Lelaki Ini Selamba 'Sekolahkan' MP

Berdasarkan perkongsian itu, masing-masing menyuarakan pendapat mereka mengenai pertikaian yang dikemukan oleh MP Bachok.

Dah tentulah Sabah Sarawak tu negeri yang terbesar, dia nak banding dengan Kelantan Terengganu pulak kan”

Yuwana Tv

Takkan nak bagi sama rata Perlis dengan Sarawak kan”

Yuwana Tv

Menurut mereka, faktor keluasan negeri Sabah dan Sarawak mempengaruhi jumlah bajet yang diterima oleh kedua-dua negeri ini.

Ini penjelasannya

Seperti semua maklum, Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Jumlah keluasannya pula adalah 124, 000 km persegi. Manakala, Perlis pula merupakan negeri terkecil di Malaysia dengan keluasan hanya 819 km persegi. Jadi, logiklah dana Sarawak mengatasi peruntukan yang diterima Perlis iaitu sebanyak 560 juta sahaja.

Namun sekiranya peruntukan tersebut dibandingkan secara km persegi, Perlis mendahului Sarawak. Buktinya, setiap 1 KM persegi di Perlis mendapat peruntukan sebanyak RM 683,760. Sebaliknya, 1 km persegi di Sarawak hanya meraih sekitar RM 43, 560 disebabkan negerinya yang besar.

Begitu juga dengan Sabah selaku negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 73, 000 km persegi jika dibandingkan dengan Kelantan yang hanya berkeluasan 17,100 km persegi sahaja.

Jadi, wajarlah Sabah dan Sarawak mendapat peruntukan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain kerana faktor keluasannya.

Baca lagi artikel menarik:

Debat Bajet Setiap Negeri, MP Persoal Sabah Sarawak Dapat Paling Banyak Peruntukan
[Belanjawan 2023] Berikut Adalah Peruntukan Yang Diperkenalkan Oleh Datuk Seri Anwar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kali Terakhir Dilihat Di Rumah, Lelaki Warga Emas Dari Serian Dilaporkan Hilang Kali Terakhir Dilihat Di Rumah, Lelaki Warga Emas Dari Serian Dilaporkan Hilang
Next Article Insiden Tembakan Rambang Di Gereja Jerman, 7 Orang Dilaporkan Maut

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?