“Empati yang tinggi… terima kasih.. Semoga Allah permudahkan urusan” – netizen
‘Tak Sampai Hati Nak Hon’, Lelaki Ini Luah Sayu Lihat Pak Cik Tua Makan Seorang Dalam Kereta. Masalah parkir bertindih menjadi satu isu yang sering menimbulkan rasa geram di kalangan pengguna jalan raya.
Ada segelintir pemandu yang meletakkan kereta mereka secara bertindih sehingga menghalang laluan keluar.
Dia melihat seorang warga emas di dalam kereta dengan pintu keretanya terbuka.
Namun begitu, pengalaman yang dilihat ole lelaki ini di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sangat meruntun hati. Dia melihat sebuah kereta Kancil menghalang di belakang keretanya yang menyukarkan dia untuk keluar dari situ.
Menerusi kapsyen dalam video tersebut, dia tak sampai hati nak hon. Melalui kamera belakang kereta, dia melihat seorang warga emas di dalam kereta dengan pintu keretanya terbuka.
@hazamrazali aku nk undur kereta …tak sampai hati nk horn pakcik ni …sbb rupnya pakcik tu tgh mkn dalam kereta … dkt park hospital ipoh … myb dia pnt menungu di hospital smpai mkn pn xsempat … so aku tungu pakcik ni habis makan ….bru aku suruh dia alih kereta …. #hospital #hrpb #kkm ♬ bunyi asal – Azuar Hasan – Azuar_Hasan_01
“So aku tungu pakcik ni habis makan… baru aku suruh dia alih kereta”
Rupanya, pak cik tersebut tengah makan dalam kereta. ‘Mungkin dia penat menunggu di hospital sampai makan pun tak sempat’, kata individu tersebut menerusi kapsyennya.
Dia menunggu sampai pak cik itu habis makan, baru dia meminta pak cik tersebut untuk alihkan kereta. Tindakan lelaki ini mendapat pujian netizen kerana sikap sabarnya walaupun dikatakan ketika itu dia sudah terlambat untuk pergi bekerja.