• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Taktik Terbaru Scammer, Panggilan Video Lucah Digunakan Untuk Peras Ugut

Oleh
Nazihah AN
4 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Awas! Jangan angkat panggilan video dari nombor tak dikenali

Taktik Terbaru Scammer, Panggilan Video Lucah Digunakan Untuk Peras Ugut. Pernah tak tiba-tiba dapat panggilan video dari nombor yang tak dikenali? Kalau ya, JANGAN jawab! Ini mungkin taktik terbaharu scammer untuk menjerat anda dalam perangkap siber mereka.

Seorang bekas pegawai kanan PDRM, Asisten Supritenden (B) Rahmat Fitri, baru-baru ini mendedahkan modus operandi licik yang digunakan oleh scammer untuk memperdaya mangsa.

Taktik Terbaru Scammer, Panggilan Video Lucah Digunakan Untuk Peras Ugut
Taktik Terbaru Scammer, Panggilan Video Lucah Digunakan Untuk Peras Ugut. Gambar sekadar hiasan.

Menurut laporan media tempatan, beliau menyatakan bahawa penipu ini akan menggunakan panggilan video berunsur lucah bagi memerangkap individu yang tidak curiga.

Bagaimana scam ini berfungsi?

  1. Mangsa menerima panggilan video daripada nombor tidak dikenali.
  2. Sebaik sahaja panggilan dijawab, skrin akan memaparkan adegan lucah.
  3. Secara refleks, ramai yang akan tertengok tanpa sedar.
  4. Ketika ini, scammer akan mengambil tangkapan skrin (screenshot) wajah mangsa.
  5. Dengan bukti ini, mereka akan mengugut untuk menyebarkan gambar kepada keluarga atau pasangan mangsa.
  6. Mangsa yang panik akan dipaksa membayar sejumlah wang untuk mengelakkan aib tersebar.

Menurut Rahmat, ramai yang terperangkap kerana terkejut dan takut reputasi mereka tercalar. Akhirnya, mereka memilih untuk membayar kepada scammer daripada menghadapi risiko gambar mereka tersebar.

Apa yang perlu dilakukan jika menjadi mangsa?

Jika anda menerima panggilan mencurigakan seperti ini atau telah menjadi mangsa:

  • Jangan panik! – Scammer bergantung kepada ketakutan anda untuk memanipulasi situasi.
  • Jangan bayar wang! – Semakin banyak anda membayar, semakin besar risiko anda terus diperas ugut.
  • Segera laporkan kepada pihak berkuasa! – Buat laporan polis agar tindakan dapat diambil.
  • Sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan – Lagi ramai yang tahu, lagi sukar untuk scammer mencari mangsa baharu.

Rahmat turut menasihatkan agar orang ramai lebih berwaspada dan sentiasa berhati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali. Jangan mudah terpedaya dengan ugutan yang boleh menjejaskan maruah dan keselamatan diri anda.

Jadi, kalau tiba-tiba ada nombor pelik buat panggilan video, IGNORE SAJA! Kongsi artikel ini supaya lebih ramai orang tak jadi mangsa scam.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai taktik-taktik licik scammer:

Taktik Terbaru Scammer, Agih Tumbler Percuma Dan Jerat Mangsa Imbas Kod QR
Taktik Terbaru Scammer, Menyamar Sebagai Kenalan Melalui WhatsApp
SUMBER :Cari
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article IKEA Buka Gedung Online di Sabah Sarawak, Harga Sama Dengan Semenanjung
Next Article Jika Malaysia Boleh Bantu Gaza, Kenapa Tidak Kurangkan Beban Mangsa Banjir – Presiden PBK

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?