• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tali Beg Nyaris Putus Disayat Pencuri, Lelaki Ini Nasihat Netizen Hati-Hati Beli Belah Raya Di India Street

Oleh
Ismail NA
25 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Di saat kesibukan membeli belah, jangan lupa juga untuk menjaga keselamatan diri anda.

Tali Beg Nyaris Putus Disayat Pencuri, Lelaki Ini Nasihat Netizen Hati-Hati Beli Belah Raya Di India Street. Menjelang beberapa hari menyambut Syawal yang akan tiba, sudah pasti inilah peluang terbaik untuk semua membeli belah raya. Apatah lagi hujung bulan, musim menerima gaji bagi kebanyakan pekerja.

Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Muhamad Musadiq Bin Sarbini berkongsi kejadian yang hampir memudaratkan isterinya di Indian Street kelmarin.

Hantaran ringkas Musadiq memberi amaran kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa keluar membeli belah semasa musim perayaan ini. Ini terutamanya apabila anda berasa di kawasan sesak seperti di Indian Street, Kuching.

Tali Beg Nyaris Putus Disayat Pencuri, Lelaki Ini Nasihat Netizen Hati-Hati Beli Belah Raya Di India Street
Tali Beg Nyaris Putus Disayat Pencuri, Lelaki Ini Nasihat Netizen Hati-Hati Beli Belah Raya Di India Street. Sumber: FB Muhamad Musadiq Bin Sarbini

Kelihatan juga beg tangan milik isteri lelaki ini hampir putus digunting. Individu yang cuba untuk menggunting beg tangan isteri kepada lelaki ini juga tidak dapat dikenalpasti kerana pasangan ini tidak menyedari kejadian tersebut sehinggalah mereka melihat tali beg tangan yang hampir putus.

Melihat kepada situasi sesak orang ramai yang berebut untuk membeli barangan raya, Musadiq memberitahu bahawa tingkah laku pencuri semakin menjadi-jadi mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral ini. Lagi-lagi tatkala suasana sesak dan semua orang sibuk dengan urusan pembelian masing-masing.

Tali Beg Nyaris Putus Disayat Pencuri, Lelaki Ini Nasihat Netizen Hati-Hati Beli Belah Raya Di India Street
Sumber: FB Muhamad Musadiq Bin Sarbini

Bukan itu sahaja, kawasan sesak yang lain di Kuching buat masa ini adalah di sekitar Satok (Bazaar Raya) dan pusat beli belah utama seperti Vivacity, The Spring, Wisma Hopoh dan Mydin.

Sehingga artikel ini diterbitkan, hantaran Musadiq telah mendapat lebih 1,500 perkongsian dan komen daripada netizen.

Pencuri di Indian Street boleh sayat beg orang guna pena saja!

Susulan perkongsian ini juga, ramai juga netizen yang mendedahkan bahawa mereka juga pernah mengalami situasi yang sama. Bukan setakat beg tangan yang disayat, kocek seluar pun ada juga!

Tali Beg Nyaris Putus Disayat Pencuri, Lelaki Ini Nasihat Netizen Hati-Hati Beli Belah Raya Di India Street
Sumber: FB Muhamad Musadiq Bin Sarbini
Tali Beg Nyaris Putus Disayat Pencuri, Lelaki Ini Nasihat Netizen Hati-Hati Beli Belah Raya Di India Street
Sumber: FB Muhamad Musadiq Bin Sarbini
Tali Beg Nyaris Putus Disayat Pencuri, Lelaki Ini Nasihat Netizen Hati-Hati Beli Belah Raya Di India Street
Sumber: FB Muhamad Musadiq Bin Sarbini

Lebih menakutkan, perbuatan ini berupaya dilakukan dengan hanya menggunakan pena oleh si pencuri. Kejadian sayat pencuri ini pernah berlaku dahulu, dan kini kembali berleluasa menjelang sambutan raya.

Sumber: FB Muhamad Musadiq Bin Sarbini
Tali Beg Nyaris Putus Disayat Pencuri, Lelaki Ini Nasihat Netizen Hati-Hati Beli Belah Raya Di India Street
Sumber: FB Muhamad Musadiq Bin Sarbini

Harapnya semua berhati-hatilah semasa membeli belah di musim perayaan ini. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Seeloknya, elakkan memakai barang kemas dan membawa beg dan wang tunai dalam jumlah yang banyak, okay? Sekarang zaman cashless, jom lah kita cuba praktikkan pula.

Setelah 2 tahun tidak disambut meriah, Bazaar Raya Satok kembali dibuka sejak minggu lalu. Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baru Dikeluarkan Hari Ini, Dapatkan McFlurry Milo Dinosaur Anda Di McD Sekarang!
Next Article Baru Mendarat Di Tawau, Sebak Lihat Wanita Ini Berlari Ke Kubur Ibu Untuk Tatapan Terakhir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?