Dah buka! Ini peraturan yang anda perlu tahu
Pertama Di Malaysia, Taman Tema Air Mini Dibuka Di Sibu Dan Ini Syarat Kemasukan Untuk Pengunjung. Taman Tema Air Mini Delta di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sudah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Isnin, 16 Disember 2024.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat penting yang perlu dipatuhi oleh pengunjung sebelum memasuki kawasan taman tema ini.

Syarat-syarat kemasukan
- Had Umur:
- Kemasukan adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun sahaja.
- Kanak-kanak yang berusia melebihi 12 tahun tidak dibenarkan masuk.
- Had Ketinggian:
- Kanak-kanak yang mempunyai ketinggian melebihi 1.2 meter tidak dibenarkan masuk ke kawasan taman tema ini.
- Pengawasan Oleh Ibu Bapa/Penjaga:
- Semua kanak-kanak wajib ditemani dan diawasi oleh ibu bapa atau penjaga pada setiap masa, sama ada di dalam atau di luar kawasan taman tema.
- Pakaian Renang Wajib:
- Ibu bapa/penjaga dan kanak-kanak diwajibkan memakai pakaian renang yang sesuai sepanjang berada di kawasan kolam.
Peringatan Kepada Pengunjung
Pihak pengurusan MPS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden kemalangan yang berlaku di dalam atau luar kolam, mahupun kehilangan barang-barang peribadi milik pengunjung. Oleh itu, para pengunjung dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri serta barangan masing-masing.
Dengan pembukaan taman tema ini, ia dijangka menjadi tarikan baharu bagi keluarga yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Orang ramai disarankan untuk mematuhi syarat yang ditetapkan bagi memastikan pengalaman yang lancar dan selamat.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak pengurusan taman tema atau lawati laman rasmi Majlis Perbandaran Sibu (MPS).
Maklumat penting
Tarikh Pembukaan: Isnin, 16 Disember 2024
Lokasi: Taman Tema Air Mini Delta, Sibu

