• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Taman Terbiar KMD Bintulu Kini Berwajah Baharu, Usaha Naik Taraf Sedang Dilaksanakan

Oleh
Nazihah AN
4 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Taman Terbiar KMD Bintulu Kini Berwajah Baharu, Usaha Naik Taraf Sedang Dilaksanakan

KMD Park Bakal Hidup Semula, Kini Dalam Proses Naik Taraf

Taman Terbiar KMD Bintulu Kini Berwajah Baharu, Usaha Naik Taraf Sedang Dilaksanakan. Kawasan terbiar di Taman KMD kini menerima nafas baharu selepas pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan keadaan persekitarannya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, YB Johnny Pang, berkata kerja-kerja pembersihan dan perbincangan bersama komuniti telah membuka jalan kepada perancangan untuk menjadikan kawasan itu sebagai ruang santai yang selamat dan selesa untuk semua.

“Sebelum ini, kawasan tersebut terbiar dengan semak-samun, lubang jalan yang bertakung air, serta menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar, dan menjadikan kawasan yang sepatutnya menjadi taman komuniti sebagai taman terbiar,” katanya.

Taman Terbiar KMD Bintulu Kini Berwajah Baharu, Usaha Naik Taraf Sedang Dilaksanakan
Sumber gambar: The Borneo Post

Laluan Pintas Kini Jadi Tempat Bersantai

Menurut beliau, dengan peruntukan yang disalurkan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP), beberapa penambahbaikan sedang dirancang seperti pembinaan laluan pejalan kaki dan pemasangan bangku rehat.

Menariknya, lokasi strategik taman ini yang menjadi laluan pintas antara dua kawasan perumahan menjadikan naik taraf ini sangat bermakna untuk komuniti setempat.

“Matlamat kita adalah untuk menjadikan Taman KMD sebagai sebuah pusat riadah dan relaksasi yang dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat,” ujar YB Johnny Pang ketika melawat taman tersebut semalam.

Beliau turut menggalakkan wakil-wakil dari kawasan perumahan berdekatan untuk tampil dan bekerjasama dalam inisiatif penambahbaikan taman pada masa akan datang.

Usaha revitalisasi ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam memperkukuh keharmonian komuniti dan memperindah kawasan persekitaran demi kebaikan bersama.

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Klinik Kesihatan Serian Bernilai RM23.89 Juta Siap Dibina, Sedia Beroperasi
Next Article Lelaki Tebedu Didenda RM18,000 Gara-Gara Simpan Air Dan Daun Ketum Untuk Dijual Lelaki Tebedu Didenda RM18,000 Gara-Gara Simpan Air Dan Daun Ketum Untuk Dijual

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?