I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Tampil Dengan Elemen Melayu Klasik, Album ‘Belagu’ Dayang Nurfaizah Lebar Sayap Ke Hungary
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tampil Dengan Elemen Melayu Klasik, Album ‘Belagu’ Dayang Nurfaizah Lebar Sayap Ke Hungary

Oleh Aina Musa 20 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Tampil Dengan Elemen Melayu Klasik, Album 'Belagu' Dayang Nurfaizah Lebar Sayap Ke Hungary

Dayang Nurfaizah terbang ke Budapest demi Belagu II

Tampil Dengan Elemen Melayu Klasik, Album ‘Belagu’ Dayang Nurfaizah Lebar Sayap Ke Hungary. Dengan harapan Belagu II akan menawarkan pengalaman muzik penuh keunikan, penyanyi Dayang Nurfaizah terbang ke Budapest, Hungary untuk merakamkan kesemua muzik bersama Budapest Scoring Orchestra (BSO).

Secara kebetulan, di saat album Belagu diiktiraf pencapaiannya di Anugerah Industri Muzik 23, Dayang juga sedang berada di Budapest menyaksikan sendiri momen keemasan lagu-lagu klasik Melayu Belagu II dimain dan dirakamkan oleh oleh ramai pemuzik di bawah naungan maestro muzik Péter Illényi dan ia dilangsungkan di Rottenbiller Hall, salah satu studio ikonik di Budapest.

Tampil Dengan Elemen Melayu Klasik, Album 'Belagu' Dayang Nurfaizah Lebar Sayap Ke Hungary
Tampil Dengan Elemen Melayu Klasik, Album ‘Belagu’ Dayang Nurfaizah Lebar Sayap Ke Hungary. Kredit: Xtra

“Saya gembira dapat bekerja dengan BSO untuk satu persembahan orkestra yang sangat cemerlang untuk lagu-lagu klasik Melayu, skil dan teknik yang tiada tolok bandingnya.

“Saya sangat teruja untuk berkongsi Belagu II dengan semua di luar sana. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua di BSO yang mencurahkan bakat dan pengalaman mereka sepenuh hati untuk projek ini,” kata Dayang.

Album merangkumi 9 buah lagu

Belagu II adalah sebuah album dengan sembilan lagu dan diterbitkan sendiri oleh syarikat milik Dayang, DN & AD Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Tampil Dengan Elemen Melayu Klasik, Album 'Belagu' Dayang Nurfaizah Lebar Sayap Ke Hungary

Penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini mempunyai matlamat untuk memperkenalkan dan merapatkan generasi baharu dengan lagu-lagu klasik Melayu.

Tampil dengan ‘sesuatu’ yang menarik

“Demi memastikan objektif ini terlaksana adalah penting untuk kualiti muzik yang dihasilkan seiring dengan kehendak dan selera pendengar hari ini. Atas penerimaan Belagu yang sangat positif, saya dan pasukan kerja sedar bahawa kami perlu lakukan sesuatu yang lebih besar untuk sajian kepada penggemar muzik.

Tampil Dengan Elemen Melayu Klasik, Album 'Belagu' Dayang Nurfaizah Lebar Sayap Ke Hungary

“Impian ini diterjemahkan menerusi Belagu II, satu produksi muzik yang sangat tinggi cita-cita dan harapan yang mahu membawa satu pengalaman menikmati muzik yang lebih mengasyikan.

“Sebagai hadiah buat peminat, album ini juga disempurnakan dengan satu lagu baharu, Rindu Menyapa dicipta oleh Aubrey Suwito dan lirik dihasilkan oleh Datuk Habsah Hassan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Berasal Dari Miri, Hakken Anak Sarawak Pertama Dipilih Jadi Duta Pelancongan Tokyo
Karya Dibeli Oleh DJ Popular Steve Aoki, Rupanya Pelukis Seni Itu Kelahiran Anak Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keracunan Melebihi Tahap Bahaya, Orang Ramai Disarankan Untuk Henti Makan Kerang Dari Perairan Sabah Keracunan Melebihi Tahap Bahaya, Orang Ramai Disarankan Untuk Henti Makan Kerang Dari Perairan Sabah
Next Article Buka Cawangan Baru, Takeaways Burger Bagi 100 Beef Cheese Burger Percuma Bermula Hari Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?