• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tanah Tiba-Tiba Keluar Api, Lelaki Ini Dedah Rupanya Ada Gas Metana Di Simunjan

Oleh
Aina Musa
3 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tanah Tiba-Tiba Keluar Api, Lelaki Ini Dedah Rupanya Ada Gas Metana Di Simunjan

Tular video api keluar tiba-tiba dari tanah

Tanah Tiba-Tiba Keluar Api, Lelaki Ini Dedah Rupanya Ada Gas Metana Di Simunjan. Dalam satu perkembangan mengejutkan, penduduk Kampung Kelka di Simunjan, Sarawak telah menemui gas metana di sekitar sungai pada hari Selasa.

Menurut satu video yang dimuat naik oleh Saiful Wahab, gas tersebut ditemukan secara tidak sengaja oleh orang ramai yang berada di lokasi itu.

Tanah Tiba-Tiba Keluar Api, Lelaki Ini Dedah Rupanya Ada Gas Metana Di Simunjan
Tanah Tiba-Tiba Keluar Api, Lelaki Ini Dedah Rupanya Ada Gas Metana Di Simunjan. Kredit: Tiktok

“Simunjan dikejutkan dengan penemuan gas metana oleh orang ramai di Sungai Kelka, Simunjan. Untuk pengetahuan anda, metana adalah gas yang sangat mudah terbakar dan berbahaya.

“Selain itu, metana adalah sebatian kimia dengan formula CH₄. Ia adalah alkana paling ringkas dan merupakan komponen utama gas asli,” katanya dalam kongsian di media sosial.

Video selama 11 saat itu juga menjadi perhatian netizen. Ini kerana, ini adalah kali pertama kejadian itu berlaku di kawasan itu.

Dalam video itu, boleh dilihat api masih menyala walaupun tanah di situ nampak basah.

Ada juga yang menggesa supaya pihak berkuasa atau pakar yang tahu tentang bahan mudah terbakar itu segera mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan apa-apa kemalangan yang tidak diingini.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak atau kerajaan negeri Sarawak.

Baca lagi artikel menarik:

Tiada Mayat Atau Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Perut Buaya Di Samariang Aman
Kes Tembak Di Sibu, 2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Disyaki Jadi Dalang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerispatih Dan Siti Badriah Bakal Gegarkan Kuching Dengan Muzik Koplo Kerispatih Dan Siti Badriah Bakal Gegarkan Kuching Dengan Muzik Koplo
Next Article Pemandu E-Hailing Dipancing Keluar Hotel Sebelum Dibunuh Di Ladang Kelapa Sawit Tawau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?