• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pekerja Lelaki Hilang Beberapa Jari, Tangan Tersepit Pada Mesin Pengisar Daging Di Sibu

Oleh
Aina Musa
10 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pekerja Lelaki Hilang Beberapa Jari, Tangan Tersepit Pada Mesin Pengisar Daging Di Sibu

Pekerja restoran putus jari tangan

Pekerja Lelaki Hilang Beberapa Jari, Tangan Tersepit Pada Mesin Pengisar Daging Di Sibu. Seorang pekerja restoran mengalami kecederaan parah apabila tangannya tersepit di dalam mesin pengisar daging pada Ahad.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Zon 4 Sibu, Andy Alie, berkata kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di pekan Selangau sekitar jam 12.28 tengah hari.

Pekerja Lelaki Hilang Beberapa Jari, Tangan Tersepit Pada Mesin Pengisar Daging Di Sibu
Pekerja Lelaki Hilang Beberapa Jari, Tangan Tersepit Pada Mesin Pengisar Daging Di Sibu. Sumber: Utusan Borneo

Mangsa, seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai Firdaus Andhika Tri Wardana, 21, sedang menjalankan tugas rutinnya apabila insiden itu berlaku.

“Tangan kanan mangsa tersepit di dalam mesin pengisar daging, menyebabkan kecederaan serius dan beberapa jarinya putus.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau segera dikerahkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada pemilik restoran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Andy berkata pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian pada jam 12.30 tengah hari dan terus memulakan operasi menyelamat.

Mesin pengisar berjaya dibuka kira-kira empat minit kemudian dan pasukan operasi berjaya mengeluarkan tangan mangsa.

Anggota jari yang putus telah diletakkan dalam beg ais dan kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik Anggota Pertahanan Awam (APM) Selangau, tambahnya.

Pasukan penyelamat turut melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian untuk memastikan tiada risiko bahaya lain sebelum kembali ke balai pada jam 12:57 tengah hari.

Baca lagi artikel menarik:

Tersepit Bawah Lori 5 Tan, Pemandu Lori Maut Di Sabah
Tiada Lagi Subsidi, Harga Diesel Dinaikkan Kepada RM3.35 Seliter Bermula Hari Ini

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Komersialkan Sulaman Keringkam Sarawak, Berpotensi Jadi Perniagaan Menguntungkan
Next Article Pengarah Sentoria Borneo Land Gagal Hadir Mahkamah, Notis Dikeluarkan Pengarah Sentoria Borneo Land Gagal Hadir Mahkamah, Notis Dikeluarkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?