• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tarik Pelancong Ke Sarawak, Xiamen Airlines Mungkin Buka Laluan Penerbangan Baharu Fuzhou-Sibu

Oleh
Farisha
3 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Peningkatan rangkaian penerbangan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak

Tarik Pelancong Ke Sarawak, Xiamen Airlines Mungkin Buka Laluan Penerbangan Baharu Fuzhou-Sibu. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Dato Sri Tiong King Sing memaklumkan bahawa Xiamen Airlines sedang menjalankan kajian kemungkinan penerbangan terus dari Fuzhou, China ke Sibu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini mengenai perkara tersebut.

Tarik Pelancong Ke Sarawak, Xiamen Airlines Mungkin Buka Laluan Penerbangan Baharu Fuzhou-Sibu
Tarik Pelancong Ke Sarawak, Xiamen Airlines Mungkin Buka Laluan Penerbangan Baharu Fuzhou-Sibu

China ke Kuching sudah ada, kali ini bercadang untuk penerbangan China ke Sibu, termasuk Bintulu

“Kami mahukan lebih banyak rangkaian penerbangan ke negara kita, terutamanya ke Sarawak. Saya telah meminta Xiamen Airlines untuk menerbangkan penerbangan terus ke Sibu. Sudah ada penerbangan terus dari China ke Kuching tetapi saya minta mereka untuk terbang terus ke Sibu, termasuk Bintulu.

“Saya minta Xiamen Airlines untuk membantu kerana jika laluan itu dilaksanakan, mereka akan terbang dari Fuzhou ke Sibu, yang mempunyai ramai penduduk Foochow. Mereka telah datang untuk menjalankan kajian kemungkinan penerbangan sedemikian tetapi belum disahkan lagi. Saya mencadangkan kepada mereka, mungkin menggunakan pesawat Airbus 320 atau 737-900,” kata Tiong, menurut laporan.

Menggalakkan kerjasama untuk menarik pelancong ke kawasan masing-masing

Tiong menggalakkan rakyat Sarawak untuk bekerjasama menarik pelancong ke kawasan masing-masing dan menekankan kepentingan menawarkan hidangan tradisional kepada pelancong kerana mereka mahu mengalami budaya dan mencuba makanan pelbagai kaum.

“Jadi, mari kita bekerjasama untuk membangunkan ekonomi kawasan kita masing-masing,” katanya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Konsul Jeneral Indonesia Mahu Penerbangan Terus Pontianak-Kuching Diaktifkan Semula
Penerbangan Terus Bintulu-Singapura, Air Asia Bakal Buka Laluan Baharu – Tiong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akui Apple Store Lebih Layak Dibuka Di Malaysia Berbanding Indonesia, Ini Pendapat Netizen Seberang Akui Apple Store Lebih Layak Dibuka Di Malaysia Berbanding Indonesia, Ini Pendapat Netizen Seberang
Next Article 3 Suspek Pecah Masuk Stesen Minyak Di Keningau, Kerugian RM4,600

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?