• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tawar Kos Rendah Lebih Rendah, Airasia Food Lancar Perkhidmatan di Sarawak

Oleh
ILB - AI
29 November 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Tawar Kos Rendah Lebih Rendah, Airasia Food Lancar Perkhidmatan di Sarawak

Platform perkhidmatan penghantaran makanan airasia Super App yang terus berkembang, airasia food melancarkan perkhidmatannya secara serentak di dua buah bandar utama di Sarawak – Kuching dan Miri hari ini, menyediakan peluang ekonomi kepada pengusaha kecil makanan dan minuman tempatan dengan kadar komisen terendah dalam industri.

Sempena pelancaran ini, para pelanggan boleh mendapat diskaun RM8 untuk semua tempahan mulai sekarang hingga 31 Disember 2021 dengan kod promosi HELLOKCH di Kuching, dan HELLOMIRI di Miri dengan menekan ikon ‘Food’ di airasia Super App. Sepanjang tempoh 3 Disember 2021 hingga 20 Disember 2021, para pelanggan juga boleh menikmati diskaun berganda sebanyak RM20 untuk setiap RM40 yang dibelanjakan menggunakan kod promo AAF20MY.

Lim Ben-Jie, Ketua Penghantaran (e-Dagang) airasia Super App berkata, “Hari ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan pengembangan terakhir airasia food pada tahun 2021 di negeri Sarawak. Kami teruja untuk berkongsi berita baik ini dengan penduduk di Kuching dan Miri, di samping menyediakan bantuan kepada pemilik restoran, gerai, dan kedai tempatan dan kecil yang sukar untuk mengekalkan perniagaan mereka berikutan kadar komisen yang terlalu tinggi dan pelbagai bayaran dikenakan oleh platform perkhidmatan penghantaran utama yang lain. Kami komited untuk memastikan perniagaan tradisional dan kecil di bandar-bandar ini boleh mencapai keuntungan dan menyertai ekonomi digital yang semakin berkembang, dengan menawarkan kadar komisen terendah di platform perkhidmatan penghantaran makanan dan proses pendaftaran mudah tanpa bayaran.

“Kami berharap para peniaga kecil akan mendaftar dengan airasia food dan memanfaatkan ekosistem kami yang luas serta kukuh dengan pangkalan data pengguna. Selain itu, pelbagai kempen pemasaran strategi yang telah direka dan menjadi terkenal di kalangan pelanggan dan peniaga seperti kempen Hidangan Percuma dan Penghantaran Percuma. Operasi kos rendah adalah DNA kami dan semua penjimatan yang dimanfaatkan oleh peniaga akan diberikan kepada para pelanggan seterusnya menawarkan harga yang lebih rendah agar para pelanggan dapat menikmati makanan kegemaran mereka dari restoran terkenal di  Kuching dan Miri,” tambah beliau.

Pelancaran airasia food di kedua-dua buah bandar di Sarawak juga bermaksud lebih banyak peluang pekerjaan untuk penghantar makanan. Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan airasia delivery boleh mendaftar melalui halaman ini. 

Para pelanggan juga boleh mengumpul 10 kali ganda BIG Poin apabila mereka membuat pesanan melalui airasia food pada setiap hari Khamis. Bermula sekarang hingga 31 Disember 2021, para pelanggan yang mempunyai BIG Poin dapat menikmati lebih penjimatan dengan menebus 50 BIG Poin untuk setiap RM1. 

Selain Kuching dan Miri, airasia food juga kini tersedia untuk para pelanggan di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu di Malaysia. Selain itu, ia juga tersedia di Singapura dan Bangkok, Thailand. 

Ikuti perkembangan terkini airasia food dan peneraju platform perjalanan dan gaya hidup terkemuka di Asean melalui @airasiasuperapp di Instagram.

Anda boleh cuba AirAsia food dengan menekan pautan di bawah :

Cuba AirAsia Food Sekarang!
Baca juga artikel lain berkaitan :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Varian Baharu, Warga Asing Mempunyai Sejarah Perjalanan Ke 7 Negara Afrika Tidak Dibenarkan Masuk Sarawak
Next Article Bawa 10 Ekor Kucing Naik Flight Dari Kuala Lumpur Ke Sabah, Netizen Terharu Dengan Tindakan Keluarga Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?