• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Getaran Vokal Taylor Louise, Penyanyi Cilik Dari Sarawak Gegarkan Pentas Di Amerika Syarikat

Oleh
Aina Musa
8 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Getaran Vokal Taylor Louise, Penyanyi Cilik Dari Sarawak Gegarkan Pentas Di Amerika Syarikat

Syabas buat Taylor Louise

Getaran Vokal Taylor Louise, Penyanyi Cilik Dari Sarawak Gegarkan Pentas Di Amerika Syarikat. Penyanyi berusia 10 tahun, Taylor Louise dari Kuching telah mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia setelah meraih pingat emas dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) yang baru saja berakhir.

Prestasi cemerlangnya ini bermula dengan menduduki tempat pertama dalam Kategori Terbuka WCOPA untuk kumpulan umur 8-10 tahun. Kejayaan Taylor tidak berhenti di situ, beliau kemudiannya dimahkotakan sebagai Juara Divisyen Junior WCOPA 2024 bagi Kategori Terbuka dalam pertandingan berprestij yang diadakan di Long Beach, Amerika Syarikat.

Getaran Vokal Taylor Louise, Penyanyi Cilik Dari Sarawak Gegarkan Pentas Di Amerika Syarikat. Sumber: Facebook

Beliau berkongsi kegembiraannya di Facebook dengan melahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, jurulatih dan rakan-rakan atas sokongan dan kasih sayang mereka sepanjang persiapannya untuk pertandingan tersebut.

“Saya speechless dan bersyukur kepada Tuhan atas kasih sayang dan petunjukNya. Guys, I really won pingat Emas untuk Sarawak dan Malaysia. Yay!

“Ini adalah berita yang menggembirakan buat saya dan ia akan memberi semangat kepada saya untuk buat lebih baik pada masa akan datang. Saya telah belajar banyak dan saya tahu masih banyak ruang untuk diperbaiki dalam aspek vokal dan persembahan saya di pentas.

“ Hari yang paling indah dalam hidup saya sebagai peserta vokal termuda dalam pasukan Malaysia berusia 10 tahun, seorang gadis Kuching yang suka menyanyi dan makan wanton,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokongnya, sambil menegaskan peranan mereka sebagai sumber kekuatan dan dorongan.

“Saya sayang kamu semua dan terima kasih kerana menjadi tonggak kekuatan saya dan sokongan. Tanpa kamu semua, saya tidak akan sampai sejauh ini. Pingat emas hari ini adalah untuk kamu semua. Saya sayang kamu semua dan terima kasih atas doa kamu,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Penyanyi Kelahiran Sabah, Velvet Aduk Gegarkan Kota Kinabalu Dengan Persembahan Album Baharu
Wakili Malaysia Bawa Tarian Ngajat Di Amerika, Penari Cilik Dari Sarawak Ini Menang Emas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penyanyi Kelahiran Sabah, Velvet Aduk Gegarkan Kota Kinabalu Dengan Persembahan Album Baharu
Next Article Dari Sabah Ke Nebraska, Anak Jati Tawau Ini Suarakan Hak Pendidikan Di Amerika Syarikat Dari Sabah Ke Nebraska, Anak Jati Tawau Ini Suarakan Hak Pendidikan Di Amerika Syarikat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?