• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu

Oleh
ILB - AI
19 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu

Bertema ‘Legasi’, akan diadakan pada 24 hingga 29 Oktober

Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu. Setelah 2 tahun menyepi, kini Pustaka Negeri Sarawak kembali menganjurkan Sarawak Authors Festivals 2022 (SAF) dengan pelbagai aktiviti yang lebih meriah.

Dengan bertemakan ‘Legasi’ atau ‘Legacy’, Festival Penulis-Penulis Sarawak ini akan menemui penggiat seni di Pustaka Sibu pada 24 hingga 29 Oktober ini.

Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu
Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu. Sumber gambar: FB Info Sibu

Demi meraikan penulis-penulis di Sarawak, banyak aktiviti diadakan

Festival ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan dan menghargai karya serta penulis-penulis di Sarawak. Jadi, untuk matlamat ini banyak aktiviti telah dirancangkan dan akan diadakan pada minggu festival ini.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah semua yang berkaitan dengan bidang penulisan dan penerbitan buku, lagu puisi, bengkel penulisan lagu tempatan, bengkel penulisan cerpen, pameran, perkongsian ilmu, forum dan banyak lagi. Bahkan, bengkel seni tulisan khat Jawi dan bahasa Cina juga akan diselitkan dalam festival kali ini.

Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu
Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu. Sumber gambar: FB Info Sibu

Bukan itu sahaja, pada hari terakhir festival pula akan diadakan persembahan lagu-lagu tempatan yang akan dinyanyikan oleh artis tempatan kita sendiri seperti Ramles Walter dan ramai lagi.

Untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan ingin menyertai, boleh menghubungi Bahagian Sarawakiana, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu di talian 084-31200 dan disambung ke 200.

Apa tunggu lagi? Sama-sama kita meriahkan festival kali ini dengan memberi sokongan kita kepada semua penulis-penulis tempatan kita.

Nak dekat hujung tahun ini, banyak aktiviti dan program yang telah dirancang seperti di dalam artikel dibawah:

Bermula 12 November Ini, Festival Makanan Dan Kebudayaan Samarahan Diadakan Pada Skala Besar
Countdown 5 Hari Lagi, Soju Bomb Train Akan Memeriahkan Bintulu
SUMBER :FB Info Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Nak 'Repair' Mesin Basuh, Rider Teksi Ini Caj Bayaran Lebih Kepada Pelanggan Gara-Gara Nak ‘Repair’ Mesin Basuh, Rider Teksi Ini Caj Bayaran Lebih Kepada Pelanggan
Next Article Penutupan Jalan Main Bazaar Bermula Malam Ini Hingga 7 November Sempena Persiapan Sarawak Regatta Penutupan Jalan Main Bazaar Bermula Malam Ini Hingga 7 November Sempena Persiapan Sarawak Regatta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?