fbpx
Tempat Menarik

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan

Jika Sempat Melihat Mercu Tanda Ini, Anda Seorang Legend!

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan. Kuching yang anda kenal hari ini mempunyai mercu tanda yang cukup ikonik seperti patung kucing, Jambatan Darul Hana, Bangunan DUN, Masjid India Terapung, serta tebingan Kuching. Namun demikian, tahukah anda bahawa terdapat mercu tanda lain sebelum kewujudan mercu tanda yang anda lihat hari ini? Sayangnya, mercu tanda tersebut terpaksa dirobohkan atau dialihkan untuk pembangunan bandaraya yang lebih cekap dan teratur.

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan beberapa mercu tanda yang pernah menghiasi bandaraya Kuching yang tercinta.

1. Pasar Cekor, Jalan Gambier (kini sebahagian Tebingan Kuching)

Pasar Cekor ini terletak di sepanjang Jalan Gambier, Kuching. Selain daripada jualan hasil tani seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, Pasar Cekor ini juga turut menempatkan para peniaga ikan dan pelbagai jenis daging. Kini, kawasan yang pernah menjadi tapak pasar paling nostalgia ini merupakan sebahagian daripada Tebingan Kuching.

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

2. Shell Tua Pek Kong (Kini Restoran Brooke Bistro Waterfront)

Siapa sangka sebenarnya Restoran Brooke Bistro di Tebingan Kuching sebelum ini merupakan tapak stesen minyak Shell. Stesen minyak ini dikenali sebagai Shell Tua Pek Kong dalam kalangan rakyat tempatan kerana lokasinya yang betul-betul berhadapan dengan Tua Pek Kong Kuching. Namun, ia dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Tebingan Kuching.

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

3. Hotel Holiday Inn (Kini Hotel Grand Margherita)

Kalau dengar sahaja nama Holiday Inn, pasti akan teringat akan sejenis kek lapis Sarawak yang dinamakan sebagai Kek Lapis Holiday Inn. Holiday Inn merupakan salah sebuah hotel terkemuka di Kuching pada suatu ketika dahulu, terutamanya pada sekitar tahun 1970-an. Kini, Holiday Inn telah dijenamakan semula sebagai Hotel Grand Margherita dan disambungkan dengan bangunan Sarawak Plaza dan SEDC.

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

4. Odeon Cinema (kini Plaza Tun Jugah)

Selain menjadi tempat untuk menonton wayang, Odeon Cinema mempunyai arked dengan 5 ke 6 kedai yang boleh dikatakan sebagai ‘lubuk beli belah’ untuk penduduk pada zaman 80-an. Malah, sebuah kedai yang bernama Fui Lip di dalam bangunan ini sentiasa dikerumuni oleh orang ramai kerana menjadi kedai pertama yang mengimport gitar solid serta aksesori alat muzik. Untuk pengetahun anda, Odeon Cinema ini pernah menayangkan filem Wong Fei Hung. Perggh!

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

5. Rex Cinema (kini Medan Pelita)

Bagi kebanyakan penduduk tempatan di Kuching, Rex Cinema merupakan salah satu pawagam yang ikonik kerana reka bentuk bangunannya yang unik dengan papan tanda ejaan REX yang melintang ke bawah. Sayangnya, bangunan ini telah dirobohkan sekitar tahun 90-an.

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan. Kredit : kuchinginandout.com

6. Cathay Cinema, Jalan Wayang

Cathay Cinema ini terletak berhampiran dengan Brooke Dockyard. Jika anda pernah menonton wayang di sini, anda kini mungkin sudah menjangkau hampir separuh abad usia. Cathay Cinema ini juga merupakan port dating dan lepak muda mudi pada sekitar tahun 70-an dan 80-an. Pada waktu itu, televisyen masih baharu dan hanya mempunyai dua siaran iaitu TV1 dan TV2. Alternatif hiburan yang up-to-date ialah dengan menonton wayang. Kini, bangunan Cathay Cinema ini dijadikan sebagai gudang simpanan barang kedai.

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : kuchinginandout.com

7. Bangunan Bunker @ Banka, Jalan Gambier

Nama bangunan ini berasal daripada perkataan Inggeris, ‘bunker’ yang bermaksud tempat simpanan sumber mineral perlombongan. Sejak itu, perkataan tersebut diolah menjadi ejaan lokal yang disebut sebagai ‘banka’. Pada sekitar tahun 50-an, bangunan banka ini menjadi tempat simpanan sementara antimoni sebelum ia diekport keluar melalui jeti di belakang bangunan ini. Bangunan ini akhirnya dirobohkan pada tahun 2008 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahan Tebingan Kuching.

Gambar Bangunan Banka yang diambil pada tahun 2007. Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com
10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

8. Ting & Ting Supermarket

Ting & Ting Supermarket merupakan pasar raya yang pertama dan tertua di Kuching. Mula dibuka pada tahun 1960 oleh seorang Cina yang bernama Ting Ming Kheng, Ting & Ting Supermarket juga menjadi pasaraya pertama yang mengimport minuman Ribena dan makanan diproses seperti sosej. Tanggal 29 Jun 2019 menjadi tarikh ia menamatkan operasi. Kini, Ting & Ting dijadikan sebagai lokasi program seni lokal dengan menggunakan nama Location X.

Ting & Ting Supermarket sebelum ditutup sepenuhnya pada 29 Jun 2019. Kredit : Edgar Ong & Wilfred SM Sim.
10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : Edgar Ong & Wilfred SM Sim.
Kredit : Edgar Ong & Wilfred SM Sim.

9. Kedai Haji Sehat (Kini Kedai Abdul Wahet, Jalan Haji Taha)

Menurut sumber Kucing Berjanggut, Kedai Haji Sehat ini telah bertapak di sebelah Masjid Bahagian, Kuching sejak beberapa dekad yang lalu. Kedai ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk mencari rempah ratus serta bekalan serbuk kari. Kini, kedai ini dinamakan sebagai Kedai Runcit Abdul Wahet dan diusahakan oleh cucu generasi Abdul Wahet. Jika anda ingin mencari keropok atau kuih muih tradisional, inilah tempatnya.

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Gambar Kedai Haji Sehat sekitar tahun 90-an. Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com
Tapak Kedai Haji Sehat yang terkini. Kredit : FB Hussain Rashid

10. Bangunan Secretariat/Jabatan Perbendaharaan Negeri (kini Plaza Merdeka)

Sebelum kewujudan Plaza Merdeka pada hari ini, tapak tersebut asalnya menempatkan Bangunan Jabatan Perbendaharaan Kuching lama atau dipanggil Kuching Secretariat Building. Fungsi asal bangunan dua tingkat berbentuk segi empat ini merupakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak. Ia kemudian diambil alih oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri serta Jabatan Audit. Pada tahun 1995, bangunan ini dikosongkan sebelum dirobohkan sepenuhnya pada awal tahun 2008.

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : Tan Kok Kheng via National Archives of Singapore
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

Walau pun wajah Bandaraya Kuching ini telah banyak berubah, namun mercu tanda ini akan tetap diingati sebagai sebahagian memori penduduk Kuching serta mereka yang pernah menyaksikan sendiri bangunan ini berdiri megah.

Artikel Berkaitan

Back to top button