fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Menarik

5 Pantai Menarik Di Sekitar Lundu Dan Sematan

iloveborneo Oleh iloveborneo
15 Disember 2019
5 Pantai Menarik Di Sekitar Lundu Dan Sematan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Cun untuk anda bercuti hujung minggu dan lapangkan fikiran

5 Pantai Menarik Di Sekitar Lundu Dan Sematan, Sejak jalan Pan Borneo fasa pertama yang menghubungkan Sematan dan Telok Melano dibuka kepada umum, Lundu dan Sematan semakin menjadi buah mulut bagi penduduk di Sarawak yang ingin mencari lokasi bersantai dan beriadah di tepi pantai. Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 pantai yang anda mesti kunjungi di Lundu dan Sematan.

1.Pantai Pandan / Pandan Beach

ADVERTISEMENT

What is better than weekend BBQ at Pandan Beach Lundu? pic.twitter.com/5CTeR3fU4t

— I Love Kuching (@twt_kuching) January 12, 2019
5 Pantai Menarik Di Sekitar Lundu Dan Sematan

Jika anda malas nak drive jauh jauh ke Telok Melano, anda boleh ke Pandan Beach. Anda juga boleh overnight di sini sebab ada sebuah tempat penginapan iaitu Pandan Goldcoast Holiday Villa.

2. Pantai Pugu

ArtikelBerkaitan

Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia

Trip Ke ‘Big Ben’ Tahun Ini Terpaksa Cancel? Kunjungi tHe Spring, Bintulu Untuk Menikmati ‘Vibe’ London!

Hujung minggu di Pantai Pugu, Lundu pic.twitter.com/jEqtiT8U9y

— Andwan Abdul (@andwanabdul) October 7, 2018

Pantai Pugu terletak tidak jauh dari Pantai Pandan, hanya dalam lingkungan 15 minit perjalanan menggunakan kenderaan bermotor. Pantai Pugu sangat panjang dan anda boleh bercamping atau hiking ke Bukit Gondol.

ADVERTISEMENT

3. Pantai Teluk Serabang

Pantai Telok Serabang terletak tidak jauh dari Pantai Telok Melano, jika anda menggunakan jalan ke Telok Melano dari Sematan, anda akan melihat papan tanda simpang ke Telok Serabang di mana anda perlu belok ke simpang sebelah kanan.Terdapat juga homestay di Pantai Teluk Serabang sekiranya anda ingin bermalam dan melapangkan fikiran di sini.

ADVERTISEMENT

4. Pantai Pueh

Terletak di Kampung Pueh, Sematan. Pantai ini tidaklah sepopular pantai pantai yang lain namun tetap merupakan pantai yang anda mesti lawat sekiranya berkunjung ke Lundu dan Sematan. Pantai Pueh juga sangat landai dan panjang. Sesuai juga jika anda ingin camping sendiri atau berkelah tanpa pening memikirkan keluasan tempat.

5. Pantai Telok Melano

Pantai Telok Melano merupakan pantai paling trending di sekitar Lundu dan Sematan setakat ini. Merupakan permulaan kepada Pan Borneo, ia juga mempunyai tempat letak kereta khas bagi pengunjung. Perjalanan ke Telok Melano mengambil masa selama 2 jam dari Kuching. Walaupun pernah viral sebelum ini mengenai sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung di Telok Melano, perkara tersebut kini sudah ditambah baik.

Oh ya, Pantai yang sememangnya terkenal pula semestinya Palm Beach, Sematan.

Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda boleh tinggal di Sematan Palm Beach Resort. Sunset view di sini juga sangat cun jika cuaca baik dengan langit yang cerah.

Share9814Tweet84SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy