fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Menarik

5 Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching

Kedung BK Oleh Kedung BK
26 Februari 2020
Berikut Adalah 5 Kawasan Bermural Di Kuching Sesuai Untuk Bergambar
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Masih Bercari Port Untuk Bergambar?

5 Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching. Bandaraya Kuching merupakan salah satu bandaraya di Sarawak yang terkenal dengan budaya seni mereka. Ke mana-mana anda pergi, memang tentu akan terjumpa graffiti atau mural yang dibuat oleh anak-anak seni Kuching. Jika anda nak cari port seni bagi tujuan bergambar seperti ootd (outfit of the day) atau just for the aesthetic, berikut adalah kawasan bermural yang anda boleh kunjung!

Bishop’s Gate Street

Untuk pergi ke sini, anda perlu pergi ke Drunken Monkey bar di Carpenter Street. Lorong yang dipenuhi graffiti terletak di belakang bar dan anda akan terpesona oleh grafiti yang indah dan power yang dilukis oleh seniman grafiti tempatan dan pelawat yang meninggalkan tanda mereka di dinding di sepanjang lorong!

ADVERTISEMENT
Graffiti yang dibuat oleh Tha Black Cat. Kredit: CW’S Food & Travel
Graffiti-graffiti di dinding ini sering bertukar jadi jangan hairan sekiranya anda nampak graffiti yang berlainan dan tidak sama seperti dipaparkan secara online! Kebanyakkan hasil lukisan Twenty Fifth boleh dijumpai sini. Kredit: PrattleRattle

Mural-mural #tanahairku

Anda mungkin sudah tengok mural-mural ini di pusat bandaraya Kuching. Tiga mural yang menakjubkan di Kuching secara kolektif dikenal sebagai mural “#tanahairku”. Beberapa ahli daripada seni kolektif tempatan 9Lives dikomisen oleh Petronas sempena sambutan Hari Malaysia pada 2015. Hashtag yang digunakan merujuk kepada puisi popular iaitu Tanah Air oleh Usman Awang.

Mural ini bertajuk ‘Harmony’ dan dihasilkan oleh Twenty Fifth dan Tha Black Cat. Ditemui di sudut Jalan Main Bazaar dan Lebuh Wayang. Kredit: WordPress
Ditajukkan ‘Menua Kitai’ dan terletak di sudut Jalan Main Bazaar dan Lebuh Wayang juga (secara spesifiknya di dinding Granary Kitchen and Bar), ia menggambarkan kanak-kanak Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Dayak, Melayu, dan Cina. Hasil lukisan daripada Amey Sheikh Ali dan Dean.R. Kredit: TripAdvisor
Mural hasil lukisan Sonia Luhong dan Amy Amin, ia menggambarkan seekor kucing hybrid iaitu kucing hutan yang natif kepada Borneo dan kucing domestik melompat. Dikatakan ia bermaksud kita sebagai masyarakat, yang asal usulnya indegenious telah ‘melompat’ ke arah pemodenan. Mural ini terletak di Jalan Carpenter. Kredit: Eve Raoh

Electra House

Di tepi Electra House terletaknya beberapa mural hasil lukisan muralist terkenal iaitu Ernest Zacharevic. Beliau merupakan artist yang menghasilkan mural yang paling terkenal di Pulau Pinang iaitu…

ArtikelBerkaitan

Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia

Trip Ke ‘Big Ben’ Tahun Ini Terpaksa Cancel? Kunjungi tHe Spring, Bintulu Untuk Menikmati ‘Vibe’ London!

ADVERTISEMENT
Children Riding Bicycle. Kredit: Ernest Zacharevic

Jadi, sekiranya anda melihat mural-mural di tepi Electra House, memang ternyata dapat melihat persamaan.

Kredit: Ernest Zacharevic
Kredit: Sailingstone

Di seberang bangunan Electra House, anda akan melihat hasil lukisan muralist Kuching terkenal, Leonard Siaw. Beliau merupakan artist yang bertanggungjawab melukis beberapa mural yang menakjubkan di Kuching iaitu mural di Singgahsana Lodge dan Riverside Majestic Hotel.

ADVERTISEMENT
Hasil lukisan Leonard Siaw. Kredit: Sailingstone

Papillon, MJC

Terletak di MJC, Batu Kawah, mural ini dikomisen untuk menghasilkan sebuah mural yang menggambarkan lukisan Vincent Van Gogh terkenal iaitu Starry Night dengan sedikit penambahan. Seperti mural-mural #tanahairku, mural ini dilukis oleh beberapa ahli seni kolektif 9Lives.

Hasil lukisan Keds, D2K dan Tha Black Cat. Kredit: Emelia Mike

Feast & Furious Cafe

Feast & Furious Cafe terletak di sudut menghadapi CIMB Bank seberang RJ Ayam Bakar. Mural yang menakjubkan di cafe tersebut adalah hasil lukisan Artsy Daphy (Daphne Siaw). Yang membuat mural ini unik adalah penggunaan warna yang sangat minimal, tetapi cukup cantik di mata!

Pemandangan mural dari jalan. Kredit: Twitter
Hasil lukisan Artsy Daphy (Daphne Siaw) Kredit: [email protected] Says

Banyak Bakat Seni Di Kuching

Thanks to our artistic friends, bandar Kuching dihiasi mural yang cantik dan menakjubkan. Diharapkan Kuching akan sentiasa open dengan hasil-hasil seni anak kreatif Sarawak! Yang mana satu mural/graffiti kegemaran anda? Komen dan jangan lupa share!

Share2240Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy