fbpx
Tempat Menarik

6 Tempat Menarik Di Bandar ‘Underrated’, Pontianak

6 Tempat Menarik Di Bandar ‘Underrated’, Pontianak. Tahukah anda Pontianak merupakan sebuah bandar di kawasan Kalimantan Barat, Indonesia? Bagi anda yang kurang arif tentang geografi Borneo, pulau ini terbahagi kepada 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei. Walau pun Bandar Pontianak ini termasuk dalam wilayah Indonesia, banyak sebenarnya tempat menarik yang jarang diterokai oleh pelancong. Boleh dikatakan, lokasi yang tersenarai di bawah adalah lokasi underrated di Indonesia.

1. Tugu Khatulistiwa

6 Tempat Menarik Di Bandar 'Underrated', Pontianak
Kredit : MerahPutih

Tahukah anda bahawa bandar Pontianak ini merupakan satu-satunya bandar di dunia yang terletak tepat di garisan Khatulistiwa? Daripada ratusan bandar di 12 negara yang terletak di garisan ekuator, hanya Pontianak yang terletak sangat tepat pada garisan ini. Malah, disebabkan lokasi nya yang agak jauh dari sempadan mana-mana negara, ia tidak memerlukan persetujuan atau perjanjian antarabangsa.

Pada asalnya, tugu ini dibina menggunakan 4 cerucuk kayu belian. Ia bagi membolehkan anak panah berdiri sebagai simbol orientasi dan rujukan.

Fenomena yang paling ditunggu-tunggu oleh pengunjung di sini ialah matahari tanpa bayang-bayang. Fenomena dua kali setahun yang digelar ekuinoks ini menandakan kedudukan matahari terletak betul-betul di atas bumi. Ekuinoks Musim Bunga berlaku sekitar 21-23 Mac manakala Ekuinok Musim Luruh berlaku sekitar 21-23 September setiap tahun. Melalui fenomena ini, anda boleh menyaksikan matahari tanpa bayang-bayang selama lebih kurang 5 minit.

Selain itu, kunjungan anda di sini juga bakal diberikan sijil menandakan anda pernah tiba ke Tugu Khatulistiwa.

Kredit : NaikMotor

Lokasi : Jl. Khatulistiwa No.Kel, Batu Layang, Pontianak Utara, Kota Pontianak, Kalimantan Barat 78244, Indonesia

2. Menelusuri Sungai Kapuas

6 Tempat Menarik Di Bandar 'Underrated', Pontianak

Jika anda tiba ke sini, anda harus meluangkan masa menelusuri Sungai Kapuas dengan menaiki kapal layar atau river cruise. Konsep river cruise ini santai saja. Anda akan menaiki sebuah kapal dengan dihidangkan makanan serta dihiburkan dengan persembahan akustik. River cruise ini akan belayar selama 2 jam di sepanjang Sungai Kapuas, iaitu sungai yang terpanjang di Kepulauan Borneo. Bagi anda yang tidak tahu, Sungai Kapuas mempunyai kepanjangan 1,100 km merentasi kawasan Kalimantan Barat.

Lokasi : Jl. Rahadi Usman No.2, Siantan Tengah, Kec. Pontianak Kota, Kota Pontianak, Kalimantan Barat 78243, Indonesia (Hotel Grand Kartika)

3. Istana Kadriah

6 Tempat Menarik Di Bandar 'Underrated', Pontianak

Istana Kadriah merupakan istana Sultan Pontianak yang pertama. Ia berada tepat di antara 3 persimpangan sungai iaitu Sungai Landak, Sungai Kapuas Kecil dan Sungai Kapuas. Istana berwarna kuning cerah ini dibina pada 23 Oktober 1771 oleh Sultan Pontianak yang pertama iaitu Sultan Syarif Abdurrahman Al Kadrie. Istana yang dibina menggunakan kayu ini menggabungkan tiga elemen seni bina iaitu seni bina Melayu, Belanda dan Timur Tengah.

6 Tempat Menarik Di Bandar ‘Underrated’, Pontianak

Menurut sejarah, Sultan Syarif melepaskan tiga das tembakan meriam ke udara bagi menentukan lokasi pembinaan Istana Kadriah ini. Tempat jatuh peluru meriam tersebut akhirnya dijadikan sebagai tiga lokasi penting di Pontianak iaitu Istana Kadriah, Masjid Jami’ Sultan Abdurrahman serta kawasan pemakaman ahli keluarga Kesultanan Pontianak.

Pada asalnya, istana ini bukanlah berwarna kuning tetapi ia dicat semula pada tahun 2017 bagi menjaga struktur bangunan.

Kredit : Rahmad Ali via Suara.com

Lokasi : Gg. Tj. Raya No.1, Dalam Bugis, Kec. Pontianak Tim., Kota Pontianak, Kalimantan Barat 78243, Indonesia

4. Rumah Radakng

6 Tempat Menarik Di Bandar 'Underrated', Pontianak

Betang Radakng atau Rumah Radakng merupakan replika rumah masyarakat Dayak di Kalimantan Barat yang dibina oleh kerajaan bandar Pontianak sebagai pusat tarikan pelancongan. Dibina sepenuhnya menggunakan kayu belian dan diukir dengan ukiran tradisi Dayak, Rumah Radakng ini juga diiktiraf sebagai rumah tradisional yang terpanjang di Indonesia kerana mempunyai ukuran panjang 138 meter dengan ketinggian 7 meter.

Lokasi : Sungai Bangkong, Pontianak Kota, Pontianak, West Kalimantan 78113, Indonesia

5. Katedral St. Joseph

6 Tempat Menarik Di Bandar 'Underrated', Pontianak

Katedral St. Joseph atau turut dikenali dengan nama Katedral Santo Yosef merupakan gereja katedral yang terbesar di Asia Tenggara. Dibina pada tahun 1908 namun gereja katedral ini dibina semula pada tahun 2011 kerana terlalu uzur untuk memenuhi jumlah penganut yang ramai. Seni bina dalamannya lebih tertumpu kepada seni bina Cina dan Eropah namun ia masih mengekalkan ciri-ciri seni khas Dayak. Selain menjadi tempat beribadat masyarakat Kristian, gereja ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti lif dan kedai cenderamata.

Jika anda berada di sekitar Pontianak, sukar untuk anda tidak mengenali kewujudan gereja ini kerana ianya besar.

Lokasi : Jl. Pattimura No.195, Darat Sekip, Kec. Pontianak Kota, Kota Pontianak, Kalimantan Barat 78011, Indonesia

6. Masjid Raya Mujahidin

6 Tempat Menarik Di Bandar 'Underrated', Pontianak

Masjid Raya Mujahidin mula dibina pada tahun 1974 dan merupakan masjid yang terbesar di Kalimantan Barat. Difahamkan, masjid ini mampu menampung 5,000 hingga 10,000 jemaah pada satu-satu masa. Tarikan utama Masjid Raya Mujahidin ini ialah reka bentuk dalamannya yang bukan sahaja indah dipandang mata tetapi juga nampak menenangkan sesiapa sahaja yang melihat.

6 Tempat Menarik Di Bandar 'Underrated', Pontianak
Kredit : Iqbal Rais

Lokasi : Akcaya, Kec. Pontianak Sel., Kota Pontianak, Kalimantan Barat

Baru tahu kan Pontianak rupanya banyak tempat yang menarik juga? Kalau ada masa, boleh lah datang melawat ke sini sekali. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan.

Artikel Berkaitan

Back to top button