fbpx
Tempat Menarik

7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran

40 Minit Saja Bah Dari KK!

7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran. Tuaran merupakan salah sebuah daerah di Sabah dan terletak kira-kira 34 kilometer dari Kota Kinabalu. Majoriti penduduk Tuaran merupakan kaum Dusun (etnik Lotud), diikuti oleh etnik Bajau, Cina Hakka dan Melayu. Kalau nak melancong jauh sikit dari Kota Kinabalu, Tuaran lah tempatnya. Tapi mesti anda tertanya-tanya apa yang ada di sini, kan?

Jangan risau. Di sini kami senaraikan 7 hidden gems yang menarik yang anda boleh lawati di Tuaran ini. Jangan terkejut pula, lokasinya boleh tahan cantik dan unik.

1. Sabandar Cowboy Town

Sabandar Cowboy Town merupakan sebuah kawasan yang dibina khas untuk menempatkan binaan bangunan ala-ala koboi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menaiki kuda di Sabandar Leisure Rides dan menyusuri pantai Aman Bayu di atas kuda. Bukan itu sahaja, di Mangrove Park pula, anda berpeluang untuk berjalan dalam hutan paya bakau dan menikmati pelbagai jenis hidangan yang lazat di Bamboo Restaurant, restoran yang dibina menggunakan buluh. Jika anda gemar melihat kelip-kelip, anda juga boleh menempah trip bot untuk melihat pemandangan kelip-kelip pada waktu malam.

7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : FlyKLIA
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : Tales By Eve
Kredit : Twitter Mat Travel
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : Datin Jeanette Goh

Bayaran masuk :

  • Dewasa : RM 10
  • Pelajar : RM 5
  • Bayaran menunggang kuda : RM 25 (8 am – 5 pm)

Lokasi : Jalan Shah Sabandar, Tuaran, 89200 Kota Kinabalu, Sabah

Facebook : Sabandar Cowboy Town

2. Borneo Kellybays

Borneo Kellybays pula merupakan tarikan terbaru di Tuaran, Sabah. Terletak di kawasan pantai yang dikelilingi oleh hutan paya bakau di Kampung Laya-Laya, anda harus menaiki feri yang kelihatan seperti “pondok terapung” untuk sampai ke sini. Setibanya anda ke sini, anda boleh menikmati ketenangan dari bingit-hingar bandar dengan pelbagai aktiviti air seperti banana boat ride, bamboo rafting, luncur air, menangkap ketam, dan memancing. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mencanting batik, berurut di pondok urutan terbuka, serta menonton pertunjukan api.

7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran

Jika anda bercadang untuk ke sini dari Kota Kinabalu, anda juga boleh menempah pakej termasuk pick up dari mana-mana penginapan anda di Kota Kinabalu. Destinasi ini juga sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti kem dan program motivasi. Harga pakej pula bergantung kepada jumlah individu dalam kumpulan. Jadi, anda harus menghubungi Borneo Kellybays secara terus untuk mendapatkan harga yang terbaik.

P/s : Dengar cerita, Borneo Kellybays ada promosi serendah RM35 bulan Mac ini.

Lokasi : Jalan kampung Laya Laya, Kampung Laya Laya, 89200 Tuaran, Sabah

Facebook : Borneo Kellybays

Whatsapp : +6010-2341177

3. River Bay Beach

River Bay Beach juga terletak di Kampung Laya-Laya, Tuaran. Tarikan utama di sini ialah pengalaman menyaksikan ‘Sunset Mirror’. Menurut pengunjung yang pernah datang ke sini, River Bay Beach merupakan port terbaik untuk anda menonton pemandangan matahari terbenam. Selain itu, pengalaman anda ke sini pasti menyeronokkkan kerana ia menyediakan aktiviti seperti river cruise, mencanting batik, mangrove walk, private beach, ladang haiwan, taman kelulut serta peluang menaiki ATV.

7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : Lidyana Dandan
Kredit : Lidyana Dandan
Kredit : Lidyana Dandan
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : Lidyana Dandan
Kredit : Lidyana Dandan
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : Lidyana Dandan
Kredit : Lidyana Dandan

Lokasi : Kg Laya Laya, 89208 Tuaran, Sabah

4. Peak Of HOPE

Ini pula merupakan destinasi yang wajib untuk para penggemar fotografi. Peak of HOPE atau turut digelar Jogja Versi Sabah ini menjanjikan pemandangan di sekitar Tuaran yang sangat menakjubkan. Bukan itu sahaja, lokasi ini juga terkenal dengan port bergambar yang sangat cantik berlatar belakangkan awan biru. Bagi mereka yang bijak bermain dengan angle, lagi lah cun. Jika anda merupakan peminat aktiviti paragliding, Peak of HOPE merupakan salah satu port untuk anda berlepas dan mendarat.

Untuk ke sini, anda perlu meletakkan kenderaan anda di bahu jalan masuk dan menaiki kenderaan 4WD yang telah disediakan. Kalau dah sampai sini, jangan lupa OOTD puas-puas!

Kredit : IG @yanyan3837
Kredit : Twitter @greenthingx
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : Twitter @azreenajihah_
Kredit : Twitter @sabahanlady
Kredit : Twitter @rosesabahlady
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : Twitter @aidiljalanjalan
Kredit : Twitter @KKCity
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : @borneo3sixty

Bayaran masuk : RM 20/ seorang (termasuk pengangkutan 4WD ke puncak)

Lokasi : Highway Tuaran-Teghilan, 89150 Tuaran, Sabah

Facebook : Peak Of HOPE – Tuaran

5. Chanteek Borneo Indigenous Museum

Pernah diiktiraf sebagai muzium miniatur kostum asli yang pertama dalam Malaysia Book of Records, Chanteek Borneo Indigenous Museum ini pula menampilkan kostum-kostum kaum di seluruh Malaysia dalam bentuk pemakaian pada patung Barbie. Sebanyak 300 kostum daripada pelbagai etnik di Malaysia, terutamanya Sabah, dipamerkan di sini. Difahamkan, kostum yang hampir-hampir pupus akibat peredaran zaman juga dapat dilihat di sini.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan seperti tarian buluh, mempelajari ritma gong tradisional Sabah, mempelajari seni kraftangan manik, bermain permainan tradisional, serta menikmati Linopot, hidangan nasi yang dibalut dalam daun bersama lauk keladi.

7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : Sabah Ads
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran

Bayaran masuk :

Lokasi : Kg Lakang, Tamparuli, 89208 Tuaran, Sabah

Facebook : Chanteek Borneo Indigenous Museum

6. Linangkit Cultural Village

Pernah dengar tentang etnik Dusun Lotud? Jika anda tidak pernah mendengar, maka anda patut berkunjung ke Linangkit Cultural Village. Ia menawarkan anda pengalaman merasai cara hidup masyarakat Lotud yang kaya dengan tradisi dan kepelbagaian. Paling menarik, anda dapat mempelajari cara untuk menghasilkan Linangkit, seni tenunan khas masyarakat Lotud, Sabah. Untuk pengetahuan anda, Linangkit merupakan seni tenunan masyarakat Lotud yang mencamtumkan dua helai kain dengan sulaman bercorak yang cantik dan berwarna warni.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk melawat rumah panjang kaum Lotud, menangkap ikan, mencuba kostum tradisi, demonstrasi kesenian dan kebudayaan, dan guided tour.

7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran

Bayaran masuk :

  • Warga Emas (50 tahun dan ke atas) Warganegara: RM 20.00/ Bukan Warganegara: RM 35.00
  • Dewasa Warganegara: RM 25.00/ Bukan Warganegara : RM 40.00
  • Pelajar Warganegara : RM 25.00/ Bukan Warganegara : RM 30.00 
  • Kanak-kanak (6-12 tahun) Warganegara: RM10.00/ Bukan Warganegara : RM 20.00
  • Kanak-kanak (Bawah 6 tahun) : Percuma

Lokasi : Kg. Selupoh, 89150 Tuaran, Sabah

Facebook : Linangkit Cultural Village

7. Borneo Ant House

Tahukah anda bahawa Borneo Ant House merupakan galeri bawah tanah yang pertama di Malaysia? Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, Borneo Ant House merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk anda. Setibanya anda di sini, anda akan memasuki ‘sarang’ semut yang dipenuhi dengan 463 replika semut buatan tangan. Di sini, anda bukan sahaja dapat mempelajari spesis-spesis semut, malah anda juga dapat mengenali dengan lebih dekat tentang jenis-jenis senjata masyarakat setempat di Galeri Pedang. Selain itu, anda juga dapat melihat peralatan-peralatan yang sering digunakan oleh masyarakat kampung untuk mencari sumber rezeki seperti tangguk, pukat dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati pemandangan kawasan galeri yang menghijau dengan berjalan di atas canopy walk. Bagi yang sukakan cabaran pula, bolehlah mencuba zipline yang semestinya menyeronokkan.

7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Lokasi Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Kredit : JomJalan

Bayaran masuk :

Warganegara Malaysia/Malaysian
* Dewasa: RM 18/pax
* Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 9/ pax
* Kanak-kanak (4- 7 tahun) : RM3/ pax
* PERCUMA kanak-kanak (0-4 tahun)
* Warga Emas (>60 tahun): RM 9/pax

Pelancong Luar Negara/Foreigner
* Dewasa: RM 36/pax
* Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 18/ pax
* Kanak-kanak (4- 7 tahun) : RM6/ pax
* PERCUMA kanak-kanak (0-4 tahun)
* Warga Emas (>60 tahun): RM 18/pax

Harga untuk OKU/ Disable
* PERCUMA /FREE (sertakan kad OKU yang sah)

Rombongan Sekolah/IPTA/IPTS / School Concession Rate
*Sertakan surat rasmi dari pihak sekolah beserta uniform/harga istimewa

Lokasi : Highway Tuaran- Tenghilan, 89207 Kg Kindu, Tuaran, SABAH Kg.Kindu , Tuaran, 89207 Tuaran, Sabah

Facebook : Borneo Ant House

Banyak rupanya tempat-tempat menarik di Tuaran, Sabah. Mungkin anda dah boleh mula mengumpul wang untuk bercuti ke sini. Kawasannya pun tenang, kurang bunyi bising. Tak kenal maka tak cinta, kan?

Artikel Berkaitan

Back to top button