fbpx
Tempat Menarik

7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak

Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai Pemandangan Sunset Yang Tercantik di Malaysia?

1. Marina Bay, Miri

7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak. Jika anda ingin tahu, pemandangan sunset dapat dilihat dari sekitar kawasan Marina Bay termasuklah di jalan raya. Sunset nya pun bukan alang-alang. Kalau nak rasa vibe sunset L.A yang selalu jadi wallpaper anda tu, sunset Miri adalah pemandangan yang paling hampir dengan sunset di negara tersebut.

7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak
7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak

2. Coco Cabana, Miri

Coco Cabana ini juga merupakan salah satu port kegemaran orang-orang di sekitar bandaraya ini untuk menikmati pemandangan sunset. Tebingan batu di sini sering menjadi tempat para pengunjung untuk duduk bersantai sambil berbual dan melihat pelantar minyak disuluh matahari tenggelam.

7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak
Kredit : Trover
7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak
Kredit : Twitter @itsclrkhns

3. Pantai Tusan, Miri

Ini merupakan port sunset paling epik di Miri. Walau pun lokasinya sedikit terpinggir dari bandaraya Miri, namun perjalanan ke sini amat berbaloi. Selain dapat melihat tebing batu dan monumen batu yang membentuk lohong, sunset di sini boleh dikatakan sebagai yang tercantik di Miri. Kalau tak percaya, anda mesti pergi ke sini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda.

7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak
Kredit : Flickriver
7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak
Kredit : Jelajah Maya

4. Airport Kuching

Bagi anda yang baru tiba mahupun hendak berlepas dari Kuching tepat pada waktu sunset, anda boleh tenangkan diri anda dengan menikmati pemandangan ini di koridor luar. Fly over lapangan terbang ini juga sering dijadikan sebagai port sesetengah warga Kuching untuk menyaksikan pemandangan emas ini.

7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak
Kredit : GoAsiaDayTrip

5. Waterfront Kuching

Pemandangan di Waterfront Kuching ini rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Apa yang anda perlu lakukan setibanya di sini ialah duduk di tangga atau kerusi di tebingan sungai ini dan saksikan sendiri keindahan alam ciptaan Tuhan. Kalau ada bajet lebih, naiklah river cruise. Barulah eksklusif.

7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak
Kredit : Travel Blog

6. Rooftop Hotel UCSI, Kuching

UCSI Hotel ini terletak berhampiran dengan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Pending. Akses ke rooftop ini biasanya khas untuk penghuni hotel tersebut sahaja. Namun begitu, jika anda berkesempatan melihat pemandangan sunset dari atas rooftop ini, pasti terasa seperti di kayangan. Apatah lagi tempat ini begitu popular dalam kalangan pasangan pengantin untuk melangsungkan majlis resepsi mereka.

Kredit : Facebook Jantayu Vision
7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak

7. Damai Central @ Pantai Damai, Santubong

Damai Central ini merupakan landmark pelancongan di Sarawak kerana ia berhampiran dengan Kampung Budaya Sarawak. Bukan itu sahaja, ramai pengunjung yang datang ke sini semata-mata untuk menyaksikan pemandangan sunset. Perjalanan ke sini mengambil masa selama 45 minit dari pusat bandaraya. Kalau dah jejak kaki ke pasir pantai ini, pastikan storage camera anda mencukupi kerana gambar cun di setiap sudut adalah suatu kemestian. Gitu.

8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Alumni universiti ini pasti merindui suasana sunset di sini. Memang tidak dinafikan, UNIMAS merupakan lokasi untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang paling cun di Kota Samarahan. Universiti ini memiliki tasik yang besar dan menampakkan lagi efek sunset pada pantulan air tasik yang tenang.

7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak
Kredit : Flickr Moin Uddin
Kredit : Flickr

9. Pulau Talang-Talang

Walau pun Pulau Talang-Talang ini terhad kepada pengunjung bersama guide sahaja, namun anda boleh lihat sendiri betapa breathtaking-nya sunset di sini.

7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak

Anda boleh mengisi waktu lapang anda dengan mengunjungi port sunset cun ini di waktu senja. Sambil-sambil itu, bolehlah anda menenangkan fikiran, kan?

Artikel Berkaitan

Back to top button