fbpx
Tempat Menarik

9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian

Serian rupanya syurga air terjun!

9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian. Siapa sangka rupanya Serian yang didiami oleh majoriti masyarakat Bidayuh ini merupakan syurga air terjun.

Mungkin ada di antaranya yang belum pernah anda dengar sebelum ini kerana benar-benar hidden gem. Mana tidaknya, ada 8 air terjun berbeza dalam satu daerah yang sama. Kali ini, kami kongsikan kepada anda air terjun nyaman dan jernih di Serian.

Let’s check it out!

1. Air Terjun Sengai, Kampung Sangai Mawang

9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian
9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian
Sumber : Facebook

Air terjun Sengai terletak di Kampung Sangai Mawang, Serian. Untuk ke air terjun ini, anda perlu lah memulakan perjalanan dari point pertama iaitu Sungai Sengai di Kampung Sangai Mawang.

Setibanya di air terjun ini, anda pasti akan terpukau dengan kejernihan air terjun nya yang begitu membiru seolah-olah kolam semulajadi yang baru diteroka.

2. Air Terjun Koran Bari

Kampung Koran Bari juga terkenal dengan aliran sungai nya yang jernih dan bersih. Tapi tahukah anda bahawa di sini juga terdapat air terjun yang best dijadikan port santai?

Anda tidak perlu risau untuk bersantai di sini kerana air terjun nya tidak tinggi dan boleh diduduki sambil memanjakan diri anda dengan arus sejuk Sungai Koran Bari.

9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian
Sumber : Facebook Kampung Koran Bari Serian
9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian
Sumber : Facebook Kampung Koran Bari Serian

3. Air Terjun Kampung Remun

Air terjun Kampung Remun pula merupakan lokasi yang jarang dilawati oleh orang luar kerana tempat nya yang agak terpencil. Kampung Remun ini terletak di Jalan Simpang Gedong, tidak jauh dari Kem Imigresen Semuja.

Menurut penduduk tempatan di sini, kawasan air terjun di Remun ini sering kali menjadi tempat untuk mereka bermandi manda dan masih terpelihara daripada sebarang pencemaran.

Sumber : Facebook

4. Air Terjun Ranchan

Siapa tak kenal air terjun Ranchan? Sejak pondok dan check point nya diperbaharui pada tahun 2018, kawasan ini kembali menjadi tumpuan orang ramai di sekitar Serian untuk beriadah dan bersantai.

Selain itu, anda juga boleh memanggang, serta melakukan aktiviti seperti berkelah. Kemudahan yang ada di sini juga adalah seperti jambatan, tangga, trail simen dan tandas. Anda juga boleh memilih untuk bermandi manda di beberapa tingkat air terjun di sini.

Paling best? Tiada bayaran masuk!

9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian
Sumber : Facebook

5. Air Terjun Rimo Kasung, Kampung Gahat Mawang

Memasuki daerah Tebedu, anda boleh melawat ke air terjun Rimo Kasung yang terletak di Kampung Gahat Mawang.

Untuk ke sini, anda perlu masuk ke simpang Tebedu-Pangkalan Amo-Gahat. Kemudian, anda akan melimpasi beberapa landmark seperti SMK Tebedu, Kampung Tesu Mawang, Kampung Tesu Kura, Kampung Pangkalan Amo, Simpang Daha-Terbat, sehingga akhirnya ke Kampung Gahat Mawang.

Kawasan air terjun ini mempunyai foot trail simen untuk anda berjalan kaki menuju ke kawasan air terjun. Sambil-sambil itu, boleh lah menikmati ketenangan dan kenyamanan kawasan hutan.

9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian
Sumber : Youtube Will Lipert
Sumber : Youtube Will Lipert

6. Air Terjun Kampung Terbat, Serian

Air terjun ini terletak di kawasan Kampung Terbat, Serian. Ia dikatakan tidak jauh dari kawasan Projek Tagang Kampung Terbat. Untuk ke sini, anda perlu mengharungi perjalanan selama 30 minit dari Kampung Terbat dengan berjalan kaki.

Namun, perjalanan tersebut pasti berbaloi setelah anda melihat sendiri keindahan air terjun yang tinggi lagi indah ini.

9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian
Sumber foto : Facebook

7. Air Terjun Kampung Kujang Sain, Tebedu

Air terjun ini terletak di kaki Gunung Rawan, Tebedu. Gunung Rawan merupakan gunung yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu.

Jika anda baru pulang dari perjalanan hiking di bukit atau gunung sekitar Tebedu, pastikan anda melawati kawasan air terjun Kujang Sain ini kerana ia sangat berbeza dengan air terjun yang lain.

Apatah lagi kawasannya bersih dan tidak tercemar. Aliran arus air terjunnya yang berselang seli menyebabkannya lain daripada yang lain. Best nya!

9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian
Sumber : Facebook
Sumber : Facebook

8. Air Terjun Senjan, Tebedu

Air terjun ini pula seakan-akan berkembar dengan aliran arus air yang deras. Air terjun Senjan ini terletak di Sungai Pa-Muh, Kampung Mapu Kijabu, Tebedu.

Air terjun Senjan mempunyai 2 tingkat iaitu tingkat dan tingkat 2. Ia juga berpotensi untuk dijadikan kawasan pelancongan eko-pelancongan di Serian, Sarawak.

9 Lokasi Air Terjun Jernih Dan Nyaman Yang Boleh Anda Terokai Di Serian
Sumber : Facebook

9. Air Terjun Rimuan Pauh, Kampung Riih Mawang

Kampung Riih Mawang ini hanya mengambil masa selama lebih kurang 15 minit sahaja dari Bandar Serian. Ia terletak di Jalan Serian-Tebedu, berdekatan dengan Kampung Tebakang, Serian.

Menerusi Youtube Junaidi Jamain, kawasan sungai berdekatan air terjun Rimuan Pauh ini sebenarnya terdapat sebuah pohon ketapang besar yang tumbuh di tengah-tengahnya. Namun, akibat hakisan sungai, pokok tersebut akhirnya tumbang.

Walau pun air terjun nya tidak sebesar air terjun di kawasan yang lain, namun kejernihan air nya sangat memukau sehinggakan anda boleh melihat dengan jelas batu-batu yang ada di bawah nya.

Memang betul-betul HD!

Sumber : Youtube Junaidi Jamain

Jika anda ingin mencari lokasi air terjun, Serian adalah lokasi yang paling sesuai. Tidak kisah lah sama ada anda mencari air terjun kecil atau besar, semuanya ada di sini. Boleh dikatakan kebanyakan kawasan kampung di Serian memiliki air terjun nya yang tersendiri.

Tambahan pula, kebanyakan kawasan ini tidak dikenakan bayaran masuk dan sebagainya. Namun, anda sebagai pelawat yang menikmati anugerah alam ini, jagalah ia sebaiknya. Elakkan pencemaran, okay?

Lihat juga lokasi dan aktiviti pelancongan menarik yang lain ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button